CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10320|Reply: 0

Empat teras tingkatkan siap siaga, keupayaan ATM

[Copy link]
Post time 30-4-2025 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Empat teras tingkatkan siap siaga, keupayaan ATM

Oleh Mohd Khidir Zakaria - April 30, 2025 @ 4:17pm




Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar.



PORT DICKSON: Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar, menggariskan empat teras falsafah pemerintahan yang akan diguna pakai sepanjang kepimpinannya.

Ketika menyampaikan Perintah Ulung Panglima ATM ke-23 di Kem Segenting, beliau berkata, teras falsafah itu digariskan beliau bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan tempur ATM.

Beliau berkata, di bawah teras kesiapsiagaan operasi, ATM akan menubuhkan markas pemerintahan siber dan elektromagnetik (MPSE) sebagai satu inisiatif strategik bagi lebih memperkukuhkan pertahanan negara.

"Saya menyeru semua panglima perkhidmatan memberikan komitmen padu dalam merealisasikan pembangunan MPSE sebagai sebahagian daripada struktur pertahanan negara yang lebih menyeluruh.

"Dalam konteks ini, aspek kesiagaan pula tidak boleh hanya bersifat rutin atau retorik semata-mata," katanya.

Terdahulu, beliau memeriksa kawalan kehormatan utama oleh Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Mohd Shafiq Ruslan yang diiringi pancaragam pusat Rejimen Askar Melayu Diraja di bawah pimpinan Kapten Muhammad Fauzee Japar.

Yang turut hadir ketika perbarisan dan perutusan itu termasuk adalah Panglima Tentera Darat; Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Dr ZulhelmyIthnain dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Mohd Nizam berkata, empat pertimbangan asas perlu dititikberatkan iaitu soal perintah dan kawalan, pengurusan organisasi, sokongan logistik yang mampan dan latihan sistematik dan berfokus.

Di bawah teras kedua iaitu pelaburan dan pembangunan modal insan yang holistik, beliau berkata, ATM perlu mengenal pasti potensi, membimbing, melatih serta menyediakan pendedahan dan pengalaman mencukupi kepada bakal pemimpin dan anggota masa hadapan.

"Ini penting agar mereka memiliki kredibiliti yang dinilai secara telus berasaskan kompetensi, merit dan prestasi tugas.

"ATM perlu dipacu oleh kepimpinan yang berwibawa, maka setiap pelantikan dan perancangan kepimpinan mesti diasaskan kepada kelayakan sebenar, bukan dipengaruhi hubungan peribadi, budaya pilih kasih atau keutamaan kepada keselesaan," tegasnya.

Tambahnya lagi, setiap perkhidmatan bertanggungjawab bertindak tegas terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang tidak kompeten, tidak bermoral atau gagal menunaikan tanggungjawab.

Katanya, mereka yang tidak lagi sesuai berkhidmat perlu dinilai secara objektif dan jika perlu, ditamatkan perkhidmatan demi menjaga integriti dan kredibiliti ATM.

Selain itu, ujarnya, di bawah teras kelestarian dan kesejahteraan kehidupan warga ATM, antara yang menjadi keutamaan beliau ialah memastikan pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan asas diberi perhatian.

"Setiap perkhidmatan perlu melaksanakan program turun padang secara berkala agar Barisan pemerintahan tertinggi dapat menilai sendiri keadaan sebenar warga ATM.

"Veteran ATM yang merupakan nadi sejarah dan pengorbanan mereka tidak harus dilupakan serta kebajikan dan kesejahteraan golongan ini wajar diberi perhatian," katanya.

Mohd Nizam berkata, dalam soal teras memperkukuhkan diplomasi pertahanan dan hubungan ketenteraan pula, hubungan erat dengan angkatan tentera negara-negara serantau dan antarabangsa perlu terus diperkukuhkan melalui rangkaian diplomasi dua hala dan pelbagai.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1390603/empat-teras-tingkatkan-siap-siaga-keupayaan-atm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.038664 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list