CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1008|Reply: 0

Dua penterjemah wanita Malaysia disenarai pendek PEN Presents x International Booker Prize 2024

[Copy link]
Post time 25-4-2025 08:41 PM | Show all posts |Read mode

PENTERJEMAH berasal dari Malaysia, Pauline Fan dan YZ Chin mencipta sejarah tersendiri apabila disenarai pendek untuk edisi sulung program geran antarabangsa, PEN Presents x International Booker Prize 2024, yang bertujuan menyokong penterjemah sastera daripada majoriti global.

Program berprestij itu menampilkan karya-karya dari seluruh dunia untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, termasuk Hari-Hari Terakhir Di Jesselton karya Ruhaini Matdarin yang akan diterjemah oleh Pauline, manakala Storied Ruins karya Teng Kuan Kiat akan diterjemah oleh Chin.

Pauline, penterjemah dan penulis yang berpangkalan di Kuala Lumpur menyifatkan peluang menterjemah novel Ruhaini sebagai satu penghormatan besar.

“Saya menganggap Ruhaini antara penulis paling penting dalam sastera Melayu kontemporari,” katanya yang berbangga disenaraikan bersama lima penterjemah lain dari Asia Tenggara.

Diterbitkan pada 2018 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Hari-Hari Terakhir Di Jesselton merupakan novel era Perang Dunia Kedua berasal dari Sabah, berlatarbelakangkan sebuah kumpulan teater di Kota Kinabalu (yang ketika itu dikenali sebagai Jesselton) semasa pendudukan Jepun.

Pauline tertarik dengan naratifnya yang sinematik dan penggunaan teknik 'lakonan dalam lakonan' yang menggambarkan pergelutan kuasa serta realiti perang.

“Apabila saya pertama kali membaca novel Ruhaini, saya terpukau dengan gaya penulisannya yang hidup dan sinematik serta subjeknya yang menarik.

"Saya terus berasakan ia sesuai diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Melalui naratif berwarna-warni dan menyentuh emosi, novel ini menggambarkan keanehan sejarah, perjalanan masa yang tidak menentu dan dilema tindakan manusia apabila segala-galanya tidak berjalan seperti dirancang,” tambahnya.

Selain Ruhaini, Pauline turut menterjemah karya Fatimah Busu dalam koleksi Cerita Biasa Tentang Perempuan, memperluas capaian sastera Melayu kepada khalayak antarabangsa.

Sementara itu, Chin yang dibesarkan di Taiping, Perak merupakan penulis Edge Case (2021), pilihan editor The New York Times dan Though I Get Home (2018), koleksi cerpen sulung yang memenangi Louise Meriwether First Book Prize di Amerika Syarikat (AS).

Beliau yang kini menetap di New York, AS juga pernah menterjemahkan karya Mahua, fiksyen Malaysia yang ditulis dalam bahasa Cina termasuk novel laris Taiwan The Age Of Goodbyes oleh Li Zi Shu, ke dalam bahasa Inggeris pada 2022.

Pada Januari tahun ini, Chin turut menerima geran bernilai AS$20,000 (RM88,000) daripada National Endowment for the Arts (NEA) di AS bagi menyokong terjemahan bahasa Inggeris karya Mahua lain oleh Li Zi Shu bertajuk This Timeworn Land.

Terjemahan Chin bagi Storied Ruins karya Teng menandakan satu lagi sumbangan kepada khazanah sastera Mahua yang kian berkembang dalam bahasa Inggeris.

Menurut English PEN, program itu diwujudkan untuk menyeimbangkan kekurangan representasi penterjemah daripada majoriti global dalam dunia penerbitan.

Tahun ini menyaksikan 12 judul, 13 penterjemah, sembilan bahasa dan sembilan wilayah dipilih buat pertama kali termasuk karya asal bahasa Malaysia dan beberapa projek dari Malaysia.

Penterjemah yang disenarai pendek menerima geran £500 (kira-kira RM3,000) bagi menghasilkan sampel terjemahan sepanjang 5,000 patah perkataan.

Enam pemenang akhir akan diumumkan pada musim panas dan diberikan sokongan editorial untuk mempromosikan karya mereka kepada penerbit British.

Senarai pendek tersebut dipilih oleh panel tujuh pakar pelbagai bidang, dipengerusikan oleh penulis, Profesor Sastera Dunia dan Penulisan Kreatif di Universiti Newcastle, Preti Taneja serta pengerusi bersama penasihat terjemahan English PEN.

“Setiap cadangan dinilai dengan teliti menggunakan kriteria ketat. Senarai pendek ini bukan sahaja menyerlahkan mutu sastera dan terjemahan, tetapi juga menyumbang kepada kepelbagaian bibliografi dunia,” katanya.

Program itu turut membuka ruang kepada karya dari wilayah dan bahasa yang kurang diwakili untuk menembusi pasaran Inggeris, manakala International Booker Prize terus diiktiraf sebagai anugerah paling berprestij bagi karya fiksyen terjemahan di peringkat global. — The Star/HANIS MAKETAB

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 08:16 PM GMT+8 , Processed in 1.027558 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list