CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1191|Reply: 0

Isu hak kewangan wanita B40 selepas perceraian perlu penyelesaianb pantas

[Copy link]
Post time 23-4-2025 08:38 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Perpisahan jalan terakhir buat mereka yang diuji dengan dugaan dalam rumah tangga.


Namun bagi wanita, khususnya wanita Islam, natijah perceraian tidak bernokhtah di situ kerana ada ketikanya hak-hak berkaitan kewangan yang sepatutnya diperoleh selepas runtuhnya perkahwinan, tidak dilunaskan oleh bekas suami.


Bukan semua, namun ada lelaki yang dengan mudah mengingkari tanggungjawab berkaitan nafkah bekas isteri dan anak-anak tanggungan, meskipun arahan sudah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.


Realiti ini dikupas dalam forum anjuran Sisters in Islam (SIS) dengan kerjasama Merdeka Center dan IOI Foundation di sini, baru-baru ini.




Bertajuk "Hak Kewangan Wanita Muslim Berpendapatan Rendah dalam Sistem Perundangan Keluarga Islam di Selangor dan Wilayah Persekutuan", forum itu menyoroti hasil tinjauan yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan berkenaan.



Sukar buat tuntutan


Menurut Nor Mariana, kekangan lain ialah responden berdepan masalah perbelanjaan melebihi pendapatan, terutamanya dalam kalangan mereka yang berpendapatan bulanan RM1,000.


"Namun begitu ada wanita yang pendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000 turut mengalami situasi perbelanjaan melebihi pendapatan. Ia meliputi perbelanjaan asas, umum serta keperluan lain yang perlu dibiayai responden.


Apatah lagi kebanyakan perceraian berlaku semasa wanita berkenaan adalah seorang suri rumah dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan," katanya.


Beliau berkata, faktor lain yang memaksa kaum Hawa tidak mengemukakan tuntutan ialah tekanan daripada pihak luar termasuk bekas suami dan keluarganya.


"Malah, sesetengah responden turut menghadapi tekanan daripada keluarga sendiri dan rakan-rakan yang mempengaruhi keputusan mereka untuk tidak membuat tuntutan kewangan di mahkamah.


"Mereka juga menghadapi stigma sosial seperti rasa malu dan rendah diri. Ketiadaan sistem sokongan


daripada keluarga dan rakan menjadi punca wanita tidak meneruskan tuntutan hak mereka," katanya.


Perlu kerjasama tangani isu


Sementara itu, Pengurus Komunikasi SIS Ameena Siddiqi berkata dapatan kajian berkenaan mendedahkan realiti pahit yang dialami oleh wanita Islam selepas mengharungi episod perceraian.


Justeru katanya, cabaran dan kekangan dilalui golongan wanita berpendapatan rendah perlu ditangani melalui reformasi undang-undang lebih kukuh, mekanisme penguatkuasaan lebih tegas selain program sokongan yang mengutamakan kebajikan wanita serta anak-anak mereka.




"Kajian terbaharu ini menyingkap realiti, terutamanya bagi wanita Muslim yang bercerai. Kajian ini menunjukkan bagaimana halangan yang dilalui mereka sekali gus memaksa mereka hidup dalam kemiskinan," katanya.


Beliau berkata, dengan adanya dapatan kajian berkenaan, pihak berwajib tidak harus lagi berdiam diri, sebaliknya memulakan langkah pembaharuan termasuk melakukan penggubalan dasar selain berganding bahu sesama sendiri bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.


Antara cadangan SIS ialah kerajaan perlu meningkatkan kesedaran, kepentingan sokongan keluarga dengan mengadakan program yang disebarkan menerusi media, kerjasama dengan komuniti setempat dan integrasi antara agensi agar bantuan sampai kepada mereka memerlukan.


Selain itu SIS turut berharap agar penyebaran maklumat awam mengenai hak kewangan dan tuntutan nafkah ditambah baik, di samping menyediakan perkhidmatan undang-undang secara percuma sementara kos dalam penyediaan dokumen mahkamah pula dikurangkan bagi yang memerlukan.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.287157 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list