CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 522|Reply: 0

Ibu ‘spot check’ WhatsApp anak gadis, jumpa mesej senior hantar gambar lepas mandi!

[Copy link]
Post time 22-4-2025 03:32 PM | Show all posts |Read mode


Seorang ibu meluahkan rasa bimbang apabila mendapati anak perempuannya menerima mesej mencurigakan daripada seorang pelajar lelaki yang dipercayai senior di sekolah.

Dalam hantaran yang dikongsi di media sosial, wanita berkenaan memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp anaknya bersama pelajar lelaki tersebut.

Menurut si ibu, setelah meneliti perbualan antara anaknya dengan remaja itu, dia merasakan ia mengandungi unsur yang boleh dikaitkan dengan perbuatan ‘grooming’.



“Anak saya Tingkatan Empat. Ada senior sekolah mengurat dia... tapi ayat dalam WhatsApp ni boleh dikategorikan sebagai grooming ke?

“Apa tindakan yang saya boleh ambil ya? Banyak lagi ayat-ayat grooming yang budak ni hantar.

"Antaranya mesej dia baru lepas mandi beserta gambar muka dan ayat-ayat manis,” tulis si ibu dalam perkongsiannya.

Dalam perkongsian sama, wanita itu menunjukkan mesej yang membuatkan dia berasa tidak senang hati adalah ayat-ayat ditulis kepada anaknya.

“Awak cukup sifat, cukup sempurna dekat mata saya tau,” tulis pelajar lelaki itu dalam mesej yang dikirim kepada anak gadisnya.

Sementara itu, anaknya hanya memberi respons ringkas dan dilihat agak malu apabila didesak oleh pelajar lelaki tersebut.

“Malu la... adoi la,” balas anaknya kepada senior lelaki itu.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut memberikan pandangan masing-masing.

“Senior tu umur berapa? Tingkatan 5? Kalau beza setahun bukan grooming... itu budak bercinta.

“Kalau tak suka, saranan saya cari mak ayah budak tu dan nasihat melalui mak ayahnya,” ujar seorang netizen.

Namun begitu, ada juga yang melihat perbuatan tersebut membimbangkan dan menyarankan agar ibu bapa lebih berhati-hati dengan perkembangan sosial anak-anak.

“Tak ada unsur seksual pun ayatnya. Tu bukan grooming. Lagi pun anak awak dah besar, form 4. Normal la budak laki nak mengurat.

“Tapi kalau risau boleh je tegur budak tu atau kalau tak ada perubahan, tukar je anak ke sekolah all-girls.

“Ibu bapa pun boleh ajar anak cara jaga diri dan kehormatan diri,” tambah seorang lagi netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 07:34 PM GMT+8 , Processed in 1.233101 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list