CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 645|Reply: 2

Wanita menyesal kahwin, rindu ‘shopping’ macam zaman solo tapi suami tak mampu

[Copy link]
Post time 22-4-2025 09:01 AM | Show all posts |Read mode


MASA bercinta semuanya manis, kata orang kentut pasangan pun bau wangi tapi selepas kahwin segalanya berubah.


Kebiasaannya, apabila sudah bergelar suami isteri, barulah nampak kelemahan pasangan masing-masing.


Begitulah yang dirasai seorang wanita yang menyedari gaji suami tidak mampu memberikan kebahagiaan buat dirinya.




"Jika gaji besar, carilah pasangan sekufu.


"Tak adalah makan hati dengan suami jika tak mampu nak tanggung cara kita jaga diri masa single," katanya tanpa mendedahkan usia perkahwinan.


Menerusi hantaran yang dibuat juga, dia mengakui menyesal mendirikan rumah tangga dan mengimpikan untuk kembali ke zaman bujang.




"Entahlah kadang menyesal kahwin. Hadiah pun dia beli tapi pakai kad kredit kita dulu.


"Nanti dia bayar installment, ansuran bulan-bulan. I wish I can turn back (saya harap dapat berpatah balik)," ujar wanita itu.




Menerusi ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi dan pandangan berhubung luahan wanita berkenaan mengenai suaminya.


Segelintirnya mempersoalkan kenapa sekarang baru timbul penyesalan itu kerana soal kewangan dan kemampuan suami seharusnya dibincangkan sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.


"Masa bercinta, I terima you seadanya. Lepas kahwin, you tak sekufu dengan I. Begitulah, semasa bercinta semuanya indah. Berpijaklah di bumi realiti, jangan dibutakan dengan cinta.


"Kalau nak berkira, tolonglah jangan kahwin. Baik single. Kalau laki gaji besar, you better be gorgeous. Laki gaji besar pilihan dia banyak, tak perlu kahwin dengan awak kalau rupa sederhana.


"Tak faham betul perempuan jenis kedekut dengan suami sendiri ni. Kau yang pilih nak kahwin dengan dia, tiba-tiba nak menyesal," demikian antara komen netizen.


Pada masa sama, ada yang terkejut apabila dia berhasrat untuk kembali ke masa lalu kerana menyesal bersuamikan lelaki bergaji kecil.


"Tergamak berfikiran begitu, mereka beranggapan kemungkinan perpisahan merupakan jalan yang terbaik.


"Kalau dah sampai wish you can turn back time, adalah lebih baik awak minta cerai dan cari orang lain. Biar suami cari orang yang boleh terima dia seadanya," antara komen netizen. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2025 06:46 AM | Show all posts
Awal2 kahwin dulu ada tak ckp 'kita susah senang sama2' or 'I tak kisah?'... Hakikatnya, kebanyakkan pompuan ni kisah tau bila duit dia asyik terpakai utk tlg husband apa lg kalau masa tu ada bnda yg dia nk beli tp x dpt sbb kena tlg husband byr ini itu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahwin terus brenti keje ke?masa bujang kan gaji utk diri sendiri.dah kahwin kan suami yg byr semua.duit gaji sendiri abes jgk ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.431920 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list