CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 579|Reply: 3

[Sembang Bola Sepak] Tunku Ismail tegur bekas pemainnya 'hidup susah'

[Copy link]
Post time 17-4-2025 07:38 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur segelintir bekas pemainnya yang kini 'hidup susah' selepas tidak menerima gaji dengan kelab yang diwakili ketika ini.


Jelas Tunku Ismail, beliau sudah lama menasihatkan agar tidak terburu-buru meninggalkan JDT sama ada secara pinjaman atau sebaliknya semata-mata ingin mencari minit permainan seperti mana yang diinginkan penyokong.


"Dah bertahun cakap. Apa sahaja yang saya cakap yang diperlekehkan semua jadi kenyataan. Dulu masa gaji stabil, menang piala, tempat latihan bagus dan main kejohanan antarabangsa, cari penyakit dengar cakap penyokong.


"Yang menasihat tiada dalam industri bola sepak, tetapi bersuara macam seolah-olah lebih tahu pasal bola sepak dan berpengalaman dalam arena bola sepak.


"Kononnya dinasihat untuk keluar dari JDT untuk dapat minit permainan. Akhirnya gaji tak dapat, tempat latihan tak seberapa, main pun jarang, piala tiada dan main pertandingan antarabangsa pun tiada.


"Sekurang-kurangnya di JDT walaupun minit kurang, boleh bersara sebagai juara, pengalaman luas dan kewangan pun stabil," katanya di laman sosial miliknya, hari ini.


Walaupun Tunku Ismail tidak menyatakan siapakah pemain yang dimaksudnya, namun rata-rata peminat sudah boleh meneka kemungkinan sindiran itu ditujukan kepada penyerang Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad.


Ia susulan selepas tularnya semalam gambar kediaman Syafiq yang sedang memunggah barang-barang untuk dimasukkan ke dalam lori, di mana dia dikatakan berpindah rumah dan kemungkinan menyertai pasukan lain musim depan ekoran masalah kewangan kronik dihadapi KDA FC ketika ini.


Gambar berkenaan mengundang pelbagai reaksi penyokong yang meminta Syafiq bersabar dengan dugaan dihadapi dan berharap episod malangnya itu berakhir apabila menyertai pasukan baharu musim depan.


Tambah Tunku Ismail lagi, beliau mengingatkan agar proses pinjaman pemain, biarlah diuruskan pihak kelab yang lebih mengetahui mana yang terbaik untuk seseorang pemain itu.


"Yang dinasihat keluar negara pula hanya setakat dapat pengalaman, gaji tak seberapa dan performance pun tak seberapa, rosak.


"Apabila bersara terpaksa kais sana sini. Seorang demi seorang jadi mangsa dengar cakap orang. Kalau nak loan pun biar kelab bantu, jadi gaji tak jadi isu. Bukan buat sendiri semata-mata dengar cakap orang," katanya. - Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2025 09:40 AM | Show all posts
meols yang tak minat bola ni pun kalau dah bawah management bagus, income lebat, stay je lah walaupun kena perah, at least you earn something, ikutlah nak lavish lifestyle or sederhana,
ini kau sembang nak minit games, nak pengalaman, nak passion main bola tanpa paksaan, lifestyle nak star, nak mewah, nak romen2 awek, pastu bila kau tukar kelab yang haukkk...kau sendiri merana nak buat apa kais pagi makan pagi...hujung2 kutuk kelab lama yang mewahkan kau...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 01:52 PM | Show all posts
sape eh
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 06:32 AM | Show all posts
Ada nmpk hari tu ntah sape pemain bola tu x dibayar gaji lg so dia terpaksa buat 3 job rasanya. Adakah Tunku merujuk pada org itu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.055666 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list