CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1178|Reply: 1

Tak sangka pula daun betik boleh halau lalat! Makin berkesan jika tambah sedikit garam

[Copy link]
Post time 10-4-2025 01:28 PM | Show all posts |Read mode

MEMANG merimaskan apabila terdapat beberapa ekor lalat menghurung makanan yang terhidang di atas meja.

Kalau dibiarkan, tidak mustahil akan terdapat telur lalat dan renga yang seterusnya mengakibatkan keracunan makanan kepada manusia.

Pengusaha kedai makan dan warung pastinya runsing apabila meja makan dihurung lalat kerana akan memberi tanggapan negatif kepada pelanggan.

Bagi mengelakkannya daripada terus berlaku, apa kata anda mencuba tip yang dikongsikan Ellyna Merican di laman TikTok miliknya.

Dia juga turut melakukan amalan yang sama selepas rumahnya turut 'diserang' serangga yang mampu menyebarkan penyakit itu.

Bukan sahaja tiada lalat, ia juga boleh menjadi dekorasi cantik dan segar di meja makan anda.


Cara-caranya:

1. Ambil dua atau tiga tangkai daun betik yang segar.

2. Kemudian sediakan bekas atau pasu kecil berisi air.

3. Potong sedikit bahgian batang daun betik tadi dan letakkan ke dalam pasu.

4. Letakkan sedikit garam ke atas daun.

5. Pasu berkenaan bolehlah diletakkan di atas meja makan atau mana-mana lokasi yang dihurung lalat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2025 06:30 AM | Show all posts
Mana nk cari daun betik?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.581728 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list