CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1469|Reply: 1

Gayat bukan penghalang

[Copy link]
Post time 9-4-2025 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 9-4-2025 01:18 PM



DARI kejauhan kelihatan dua individu sedang bergayut dengan menggunakan tali untuk mencuci cermin di bangunan 38 tingkat itu.


Dalam keadaan cuaca panas terik, mereka sudah bergayut selama beberapa jam sejak daripada awal pagi untuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan.


Biarpun berdepan cabaran terik mentari, mereka perlu kekal fokus ketika menjalankan tugas kerana sedikit kesilapan boleh mengundang padah. Kadang kala angin yang secara tiba-tiba bertiup kencang, membuatkan mereka melayang ke kiri dan kanan.


Pada masa sama, mereka juga perlu peka dengan perubahan cuaca yang boleh berlaku secara tiba-tiba yang boleh mengundang bahaya termasuk menjadi sasaran dipanah kilat.


Siapa sangka salah seorang individu yang sedang bergayut dengan memakai topi keselamatan dan balaclava itu adalah seorang wanita.


Keinginan mengubah nasib keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan dan minat mendalam terhadap kerjaya lasak, mendorong Nor Suhailah Kamarudin, 21, menceburi bidang akses tali yang jarang diceburi wanita.


Nor Suhailah berkata, dibesarkan dalam keluarga yang susah, dia bersama adik-beradik lain sudah diajar untuk hidup susah tanpa mengeluh sejak daripada kecil.




Katanya, ibu bapa sentiasa mengajar mereka enam beradik supaya sentiasa berusaha sendiri sekiranya inginkan sesuatu tanpa mengharap bantuan orang lain.


"Ayah bekerja sebagai pemandu bas kilang dan ibu adalah suri rumah sepenuh masa. Hasil tunjuk ajar ayah dan ibu, menjadikan saya seorang yang cekal dan tabah.


"Atas sebab itu saya sanggup keluar daripada zon selesa untuk menceburi bidang yang mencabar ini.


"Alhamdulillah, hasil pendapatan yang diperoleh daripada pekerjaan ini sedikit sebanyak, saya dapat membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga," katanya.


Berkongsi pembabitannya dalam bidang itu, Nor Suhailah berkata, selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia mengambil keputusan untuk mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).


"Saya mengambil kursus pemasangan penebat paip gas di Akademi Binaan Malaysia pada April 2022 dan pada Mei 2024, saya mengambil kursus 'Rigger' dan 'Rope Access' di Johor Bahru, Johor," katanya.


Menurutnya, sebagai juruteknik akses tali, skop tugasnya bekerja di tempat yang sukar diakses peralatan kerja atau mesin.


"Dengan menggunakan beberapa peralatan keselamatan dan tali untuk melakukan pelbagai tugasan termasuk mencuci cermin, menukar cermin pecah di bangunan dan kimpalan," katanya.




Katanya, cabaran terbesar yang dihadapi sebagai juruteknik akses tali adalah pekerjaan itu menuntut kekuatan fizikal dan mental yang tinggi.


Nor Suhailah berkata, pada awal pembabitannya, seperti individu lain juga dia turut berdepan dengan masalah gayat ketika berada di tempat tinggi.


"Saya masih ingat tugasan pertama yang memerlukan saya bergayut di bangunan 38 tingkat. Pada ketika itu, seluruh badan menggeletar sehingga sukar mengambil barang.


"Walaupun sudah terikat dengan tali yang kuat, bermacam-macam perkara yang saya fikirkan sehingga takut pandang ke bawah," katanya.


Jelasnya, untuk menghilangkan rasa gayat itu, sebelum mula bergayut dia sentiasa berzikir bagi memberi ketenangan kepada dirinya.


"Saya juga sentiasa positifkan diri dan apabila pandang ke bawah, saya anggap tidak berada pada kedudukan yang terlalu tinggi.


"Apabila sudah lama berkecimpung dalam bidang ini perasaan gayat itu beransur hilang dan timbul pula rasa seronok apabila berada di tempat tinggi," katanya.




Tidak dinafikan bahawa pekerjaan yang mencabar itu didominasi lelaki, namun ia bukan penghalang kepada dirinya untuk membuktikan wanita juga memiliki kemampuan untuk terbabit dalam bidang ini.


"Biarpun lebih ramai lelaki, saya bersyukur mereka menerima kehadiran saya dengan baik. Mereka faham mengenai konsep bidang pekerjaan tidak pernah membataskan jantina.


"Saya dapat membiasakan diri dengan banyak berkomunikasi dengan mereka, minta tunjuk ajar, sentiasa positif melakukan keputusan dan bekerjasama antara satu sama lain sebagai satu pasukan," katanya.


Biarpun berdepan pelbagai cabaran, Nor Suhailah bersyukur kerana keluarganya sentiasa menjadi sumber kekuatan kepada dirinya untuk terus terbabit dalam bidang ini,


"Walaupun pada mulanya keluarga agak risau dengan pilihan kerjaya ini, mereka sentiasa memberi sokongan untuk saya terus berkembang dalam kerjaya ini.


"Saya sentiasa percaya sekiranya, kita anggap kerjaya ini untuk mencari rezeki demi mengurangkan beban keluarga tercinta, Allah akan permudahkan urusan kita," katanya yang menyimpan hasrat melangkah lebih jauh dengan bekerja di luar negara.


Dia berharap lebih ramai wanita menjadikan juruteknik akses tali sebagai kerjaya pilihan.


"Nasihat saya, wanita perlu terus maju untuk melangkah ke hadapan dengan mencuba untuk mencabar diri untuk keluar dari zon yang selesa," katanya. - Harian Metro





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 08:05 AM | Show all posts
Acik tgk dia bergayut mcm tu pun dh gayat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 08:16 PM GMT+8 , Processed in 1.735082 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list