CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1951|Reply: 6

Ada Lebihan Ketupat Dan Nasi Himpit, Tak Boleh Buang!

[Copy link]
Post time 9-4-2025 08:09 AM | Show all posts |Read mode


Ketika bulan Syawal, ramai orang mengadakan sesi rumah terbuka atau 'open house' kepada saudara-mara, jiran tetangga dan kenalan terdekat.

Penganjuran sesi rumah terbuka merupakan satu tradisi yang sangat dihargai di dalam masyarakat kita.

Ia bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan kegembiraan, namun berpeluang untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

Setiap rumah terbuka pasti menghidangkan hidangan-hidangan tradisional yang sinonim dengan sambutan Hari Raya, antaranya nasi himpit atau ketupat, lemang, rendang ataupun masakan lodeh.

Bagaimanapun, kebanyakan tuan rumah menjadi buntu apabila banyak lebihan ketupat atau nasi himpit selepas sesi rumah terbuka berakhir.

Untuk mengelakkan sebarang pembaziran, kali ini SK ingin kongsikan resipi Lontong Goreng. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Che Sayang Kitchen.

Anda perlu sediakan satu mangkuk nasi himpit, satu genggam cili kering, setengah biji bawang Holland dan empat ulas bawang putih.

Selain itu, anda juga memerlukan satu inci halia, isi ayam atau daging, empat sudu sos tomato, dua sudu sos tiram, dua sudu sos cili dan satu sudu kecil kicap pekat.

Kemudian, sediakan satu sudu gula, satu mangkuk bawang goreng, dua genggam daun sup, garam dan perasa sebagai pelengkap hidangan.

Mula-mula, anda perlu memotong nasi himpit atau ketupat kepada bahagian kecil, sekurang-kurangnya empat bahagian.

Kemudian, masukkan segenggam cili kering, setengah bawang holland, lapan ulas bawang putih dan sedikit halia ke dalam mesin pengisar.

Sebelum mengisarkan semua bahan-bahan yang disenaraikan, anda perlu masukkan sedikit air ke dalam mesin pengisar dan kisarkan semua bahan sehingga menjadi pes.

Langkah seterusnya ialah masukan sedikit minyak masak ke dalam kuali dan tunggu sehingga panas.

Apabila minyak masak di dalam kuali telah menjadi panas, masukkan pes yang dikisar sebelum ini dan tumiskan sehingga pecah minyak.

Setelah bahan-bahan di dalam kuali telah pun pecah minyak, masukkan beberapa bahan seperti ayam atau daging kisar.

Biarkan sehingga mendidih dan selepas mendidih, masukkan dua sudu besar sos tiram, dua sudu besar sos tomato, dua sudu besar sos cili serta sedikit kicap pekat ke dalam kuali.

Gaul rata bahan-bahan di dalam kuali sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa dan satu sudu besar gula ke atas bahan-bahan tadi.

Masukkan juga lebihan nasi himpit yang dipotong kecil sebelum ini bersama bawang goreng dan gaulkan bersama ramuan di dalam kuali sehingga sebati.

Kemudian, jangan lupa masukkan segenggam daun bawang ke dalam masakan sehingga layu. Apabila sudah masak, anda boleh angkat dan hidangkan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2025 02:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ketupat goreng sdp jgk....ns himpit goreng style jawa pun ada...kwn ofis i pernah buat..ok la mcm mkn kuuewtiaw tp i try sikit je..
sdpnya ketupat pulut yg ada serunding kt dlm..
aritu mkn xpuas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 09:35 AM | Show all posts
kat umah kg aku makanan sampai habis,terpaksa g makan kepsi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2025 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Plastik ketupat mana boleh kena air panas, karsinogenik
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Makanan hampir basi kenapa makan, patut masak ngam2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2025 02:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Lontong goreng.. yummy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 07:33 AM GMT+8 , Processed in 1.935181 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list