CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 620|Reply: 0

Kebakaran saluran gas: Bank Muamalat beri bantuan khas tanpa bayaran

[Copy link]
Post time 2-4-2025 10:05 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Bhd, menawarkan bantuan khas moratorium dan penggantian kad debit dan kad kredit tanpa sebarang bayaran kepada pelanggannya yang terjejas dalam kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights.

Bank Muamalat berkata, pelanggan individu atau perniagaan boleh memohon moratorium pembiayaan sehingga enam bulan.

"Bank Muamalat prihatin dengan kesulitan berikutan tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights.

"Oleh itu, kami menawarkan Bantuan Khas Moratorium dan penggantian kad debit dan kad kredit tanpa sebarang bayaran kepada pelanggan yang terjejas," katanya pada laman sosial rasmi Bank Muamalat.

Mereka yang terjejas boleh menghubungi talian 03-2600 5500 atau mengunjungi cawangan terdekat untuk bantuan.

Tambahnya, pelanggan yang terjejas boleh mengimbas kod QR di laman sosial Facebook Bank Muamalat untuk memuat turun borang permohonan moratorium terbabit.

Selain itu, borang yang sudah diisi boleh diemelkan bersama dokumen sokongan kepada [email protected].


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.423514 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list