CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 751|Reply: 0

Barisan model Nala peraga koleksi raya sambil 'catwalk' di atas jambatan Silverlakes, Perak

[Copy link]
Post time 24-3-2025 04:15 PM | Show all posts |Read mode

BERTEMPAT di Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah, Perak, lokasi tersebut dipilih sebagai lokasi acara peragaan Nala sempena hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut kurang daripada tujuh hari lagi.

Dihiasi dengan pemandangan tasik yang luas dan terbuka, kawasan tersebut menjadi tumpuan ramai apabila terdapat laluan atas jambatan yang menghidupkan lagi acara fesyen raya itu yang dikendalikan oleh pasukan Nalasendiri.

Koleksi kali ini menampilkan konsep ‘Evergreen’ yang direka untuk menjadikan pakaian yang disarungkan pada Hari Raya Aidilfitri tampak klasik dan abadi kepada para pelanggan setianya.

Bermain dengan elemen tradisional sambil memberikan sentuhan segar, Nala menampilkan kebarung dari denim dengan interpretasi elemen moden berpotongan klasik.


Kebaya yang dihiasi sulaman bermotif bunga itu diilhamkan oleh bunga-bungaan tempatan, menggunakan kain voile kapas sebagai fabrik utama. Setiap penghasilan baju tersebut amat mementingkan keselesaan setiap kali memakainya.

Langkah berani untuk keluar daripada ciptaan konvensional dan menggantikannya dengan sarung tradisional bersama celana menjadikan setiap rekaan unik.

Walaupun ada cawangan butik Nala terletak di Silverlakes Village Outlet, salah satu sebab acara istimewa tersebut dianjurkan di Perak adalah untuk mengetengahkan keindahan lokasi di Batu Gajah, Perak.

“Koleksi kebaya Nala kali ini diilhamkan dengan elemen-elemen tradisi dan alam semula jadi yang diinspirasikan dari Batu Gajah sendiri.

“Malah, model-model yang terlibat turut dipilih daripada bakat-bakat tempatan yang berasal dari Ipoh, Perak. Pertunjukan yang berlangsung selama empat jam itu jelas memberikan kegembiraan dan keajaibannya akan terus saya simpan dalam kotak kenangan selama-lamanya,” kata Lisette Scheers, Pengasas dan Pereka Nala Design.


Salah satu koleksi baju raya lain yang diketengahkan adalah ‘Who’s wearing the pants Kebarung’ (Paper Patels Celadon). Sesejuk mata memandang, pakaian berkenaan dikeluarkan dalam versi lelaki dan wanita. Menggunakan bahan 100 peratus Voile Kapas bersama seluar Flair denim kapas.

Pakaian lain yang ada antaranya set kebaya kimono bersama sarung serta set pakaian lelaki.

Musim perayaan ini, Nala menjemput anda semua untuk hadir ke premisnya di Silverlakes Village Outlet dan promosi raya akan berlangsung sehingga penghujung April. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Nala Design. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.993690 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list