CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 596|Reply: 0

Gangguan genetik bukan halangan, 3 wanita sindrom Down ini antara suntik 'vitamin' inspirasi

[Copy link]
Post time 21-3-2025 04:45 PM | Show all posts |Read mode

HARI Sindrom Down Sedunia yang disambut setiap tahun pada 21 Mac bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat di samping mengenali keperluan dan cabaran dihadapi golongan tersebut.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, mereka tergolong dalam kategori kurang upaya pembelajaran kerana akan mengalami perkembangan secara perlahan, kurang upaya intelek dan berisiko tinggi menghidapi beberapa masalah kesihatan lain.

Namun, individu dengan sindrom Down mempunyai kehebatan dan bakat tersendiri.

"Mereka mampu mencapai potensi sepenuhnya dengan bantuan serta sokongan daripada orang sekeliling terutama ahli keluarga.

"KPWKM sentiasa meraikan kepelbagaian dalam komuniti. Bersama kita tingkatkan sistem sokongan bagi individu sindrom Down selari dengan temanya pada tahun ini iaitu Improve Our Support Systems," tulisnya menerusi hantaran di laman Instagram pada Jumaat.

Sehubungan itu, di sini Majoriti kongsikan antara tiga wanita sindrom Down wanita yang membuktikan gangguan genetik dialami bukan halangan untuk mereka menempa kejayaan dalam bidang masing-masing.


1) Helwinnie Audrey Edwin

Helwinnie Audrey Edwin, 25, yang berasal dari Kuching, Sarawak dilahirkan dengan sindrom Down dan kecacatan jantung kongenital telah mencapai kejayaan luar biasa.

Disebabkan bimbang akan masa depan anaknya, sejak kecil ibu Helwinnie, iaitu Helen Jau, menghantarnya ke sesi fisioterapi dan pelbagai program senaman bagi meningkatkan kekuatan fizikal.

Pada Februari 2022, Helwinnie memenangi pingat emas dalam sukan bocce (kategori individu) dan pingat gangsa (kategori berpasukan) di Sukan Olimpik Khas Negeri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak di Sibu.

Pada Ogos tahun sama, beliau meraih tempat ketiga dalam pertandingan Macam-Macam Ada Bowling 2022 anjuran Pertubuhan Olimpik Khas Kuching, Sarawak.

Di samping itu, Helwinnie juga mempelajari kemahiran hidup asas seperti memasak agar dirinya dapat berdikari.


2) Namira Zania Siregar

​Beliau ialah wanita Indonesia dilahirkan dengan sindrom Down dan mencapai kejayaan cemerlang sebagai penari profesional, model dan fasilitator.

Menariknya, beliau juga dikenali sebagai model sindrom Down pertama yang tampil di Jakarta Fashion Week.

Perjalanan hidup wanita berusia 26 tahun itu tidak mudah, dirinya sering menjadi mangsa buli semasa zaman kanak-kanaknya.

Namun berkat sokongan ibunya, Nini Andrini, beliau berjaya mengatasi halangan tersebut dan berkembang dalam bidang yang diminatinya.

Selain kerjaya dalam bidang seni, Namira Zania juga berperanan sebagai fasilitator dalam Persatuan Wanita Kurang Upaya Indonesia (HWDI), yang mana beliau terlibat dalam mendidik masyarakat mengenai interaksi yang betul dengan individu kelainan upaya.


3) Madeline Stuart

Madeline Stuart, 25, merupakan seorang supermodel dari Australia yang mempunyai sindrom Down.

Beliau dikenali sebagai model dengan sindrom Down pertama yang memperagakan fesyen di pentas Paris Fashion Week, London Fashion Week, Runway Dubai, Mercedes Benz Fashion Week dan banyak lagi.

Madeline juga bekerjasama dengan pelbagai jenama besar dan menjadi ikon dalam industri fesyen yang menyokong kepelbagaian.

Beliau memulakan kerjaya model pada usia 18 tahun selepas menghadiri satu pertunjukan fesyen di Brisbane bersama ibunya, Rosanne Stuart, setahun sebelum itu.

Pernah beberapa tercalon sebagai penerima Young Australian of the Year Award, Madeline juga aktif falam menyokong komuniti kelainan upaya di Australia. — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 01:53 AM GMT+8 , Processed in 2.120242 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list