CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5445|Reply: 1

Bapa dedah Hrithik Roshan bijak tapi gagap, pernah kurung diri dalam bilik air sebab malu

[Copy link]
Post time 20-3-2025 08:52 AM | Show all posts |Read mode

BINTANG Bollywood terkenal Hrithik Roshan pernah mengunci dirinya di dalam bilik air ketika kecil.

Bercerita pengalaman itu, bapa Hrithik iaitu Rakesh Roshan mendedahkan anaknya itu berbuat demikian disebabkan masalah pertuturan dialaminya iaitu gagap.

Rakesh bercerita, Hrithik mengurung dirinya di dalam bilik air kerana berasa malu gagal menyebut beberapa perkataan dengan lancar.

Saya masih ingat ketika kami di Dubai, dia mahu menyebut 'terima kasih Dubai tetapi tersekat pada huruf D.


"Dia mengunci diri dalam bilik air hanya untuk belajar perkara itu," katanya.

Hrithik juga tidak pernah berhenti berlatih bagi mengatasi masalah dialami sehingga dia berjaya membaca dan bercakap dengan lancar.

Tambah Rakesh antara usaha dilakukan oleh pelakon itu adalah membaca surat khabar setiap bagi.

"Dia berlatih bersungguh-sungguh. Setiap pagi dia akan bangun dan membaca surat khabar berbahasa Inggeris, Hindi dan Urdu.

"Dia seorang anak yang bijak, banyak perkara yang mahu dilakukan namun dia malu disebabkan gagap.

"Sebagai bapa saya rasa amat sedih tapi sekarang dia tak gagap lagi," ujarnya.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2025 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Gagap pun hensem...artis lelaki bollywood paling best dia ni la...kena pula malam raya keluar movie dia kat TV3.

Zaman tu malam raya tayang Bollywood[em:3:]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.469084 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list