CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8067|Reply: 14

Kena Pakai Kertas Minyak, Menyerap Kelembapan Kuih Raya Untuk Tahan Lama!

[Copy link]
Post time 20-3-2025 08:08 AM | Show all posts |Read mode


Cepatnya masa berlalu. Diam tak diam sudah masuk minggu ketiga umat Islam menjalani ibadah puasa.

Ini bermaksud, hanya berbaki seminggu sahaja lagi, Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma. Pastinya orang ramai sudah mula membuat persiapan bagi menyambut lebaran yang akan tiba tidak lama lagi.

Selain daripada membeli baju raya atau menghias rumah, membuat kuih raya juga menjadi antara aktiviti wajib kebanyakan orang bagi menyambut ketibaan 1 Syawal.

Tapi pernah tak anda perasan, kadangkala kuih boleh menjadi lemau dan tidak sedap walaupun baru sahaja dibuat?

Jom kami kongsikan tips bagaimana hendak pastikan biskut raya kekal fresh dan tahan lama sepanjang bulan Syawal ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2025 08:23 AM | Show all posts
#1 Jemur Tepung & Gula Terlebih Dahulu

Pasti ramai yang tahu, antara bahan utama dalam membuat kuih adalah tepung dan gula.

Mengikut petua orang lama, kalau mahu biskut raya kekal segar dan tahan lama, anda dinasihatkan untuk menjemur tepung dan gula terlebih dahulu sebelum anda mula membuat kuih raya.

Ini kerana tepung dan gula yang dijemur akan menghasilkan biskut yang ‘ringan’.

Susah nak jemur?

Jangan risau kerana anda juga boleh menyangai dua bahan tersebut sebelum digunakan. Cara ini juga sebenarnya boleh menghasilkan biskut yang rangup dan sedap.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2025 08:08 AM | Show all posts
#2 Sejukkan Biskut Yang Dibuat Sebelum Simpan Dalam Bekas

Sebaik biskut siap dibakar, jangan simpan terus ke dalam bekas. Pastikan anda biarkan ia sejuk terlebih dahulu sebelum menyimpannya.

Ini kerana wap yang panas akan terkumpul dalam balang dan seterusnya boleh menyebabkan biskut menjadi lembik serta lemau dengan cepat.

Sebaik sahaja keluar dari dalam ketuhar, jangan terburu-buru hendak terus masuk ke dalam balang kuih raya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2025 08:09 AM | Show all posts
#3 Simpan Kuih Raya Dalam Bekas Kedap Udara

Cara lain jika mahu mengelakkan biskut raya daripada cepat lemau adalah dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.

Ini kerana udara yang masuk ke dalam bekas tersebut boleh menyebabkan biskut cepat menjadi lemau.

Oh ye, bekas itu pun jangan dibuka terlalu kerap. Ini kerana perubahan suhu dan udara boleh menjejaskan kualiti biskut itu sendiri.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2025 08:09 AM | Show all posts
#4 Jangan Campur Kuih Raya Berlainan Jenis Dalam Satu Bekas

Mesti ramai yang pernah mencampur adukkan kuih raya berlainan jenis dalam satu bekas.

Tahukah anda, cara sebegitu boleh membuat biskut cepat lemau dan menjejaskan kesegaran dan rasa kuih raya itu sendiri?

Ini kerana setiap biskut dibuat dan diadun daripada bahan berbeza. Sudah pastilah penjagaannya juga berlainan caranya.

Jadi, untuk mengekalkan tekstur dan rasa biskut raya, elakkan daripada mencampurnya daripada jenis yang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2025 08:09 AM | Show all posts
#5 Pastikan Bekas Simpan Kuih Betul-Betul Kering

Kalau sudah namanya raya, pastinya bekas atau balang semuanya serba baharu.

Sebelum menggunakan bekas tersebut, sudah pasti anda akan mencuci terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Pastikan bekas atau balang kuih raya itu betul-betul kering dan tiada kesan air sebelum anda meletakkan biskut didalamnya.

Ia penting bagi mengelakkan biskut dari mudah rosak apabila berada dalam keadaan lembab.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2025 08:10 AM | Show all posts
#6 Guna Kertas Minyak Alas Kuih Raya

Jika anda perasan, setiap kuih raya yang dijual di pasaran, kebanyakannya pasti akan dialas dengan kertas minyak.

Ia bukan sekadar hiasan sebaliknya ia berfungsi untuk menyerap kelembapan dan lebihan minyak untuk memastikan biskut sentiasa kering dan kekal segar.

Lebih elok jika setiap lapisan itu dialas dengan kertas minyak lebih-lebih lagi untuk kuih raya seperti tat dan biskut mentega.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2025 08:10 AM | Show all posts
#7 Tabur Gula & Bunjut Garam Dalam Bekas

Ini juga merupakan antara cara yang paling mudah untuk elakkan biskut dari rasa lemau.

Jika anda mahu pastikan kuih raya kekal rangup dalam tempoh masa yang lama, masukkan uncang yang berisi garam ke dalam balang.

Mudah sahaja, bungkus satu atau dua sudu teh garam ke dalam uncang sebelum masikkan ia ke dalam bekas.  Garam boleh menyerap lembapan yang ada di dalam bekas tersebut.

Jika anda mahu menggunakan gula pun boleh. Taburkan sedikit gula dalam bekas atau boleh sahaja buat cara seperti garam tadi. Gula boleh mengelakkan biskut dariapda menjadi tengik dan hapak.

Senang sahajakan? Pilih je mana-mana langkah ini untuk pastikan kuih raya yang dibuat atau dibeli kekal segar sampai dah habis raya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2025 08:10 AM | Show all posts
#8 Bakar Balik Biskut Raya Kalau Dah Lemau

Cara ini juga dapat elakkan daripada berlakunya pembaziran. Yelah, kalau dah lemau, mesti ada yang tak mahu makan dah kan?

Tapi, jika dah lemau dan mahu ‘baiki’ biskut raya itu, anda boleh sahaja membakar semula kuih biskut berkenaan dengan suhu 180C selama lima minit.

Hasilnya, biskut yang lemau tadi pun kembali segar dan sedap. Selamat mencuba!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2025 09:44 AM | Show all posts
vanillaessence replied at 20-3-2025 08:09 AM
#3 Simpan Kuih Raya Dalam Bekas Kedap Udara

Cara lain jika mahu mengelakkan biskut raya daripada ce ...

bestnya ada balang kuih raya macam ni. Nanti nak pegi belilah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2025 01:41 PM | Show all posts
vanillaessence replied at 20-3-2025 12:43 PM
#1 Jemur Tepung & Gula Terlebih Dahulu

Pasti ramai yang tahu, antara bahan utama dalam membuat kuih ...

itu la teringat zaman 1990 an dulu, arwah nenek aku suka menjemur makanan, tepung, ikan kering, gula, beras, ada la kot petua org2 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2025 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah susah2, pi supermarket beli biskut chipmore mini dan apollo biskut celup coklat terus masuk balang
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2025 10:07 PM | Show all posts
tak minat kuih raya
sedap mkn dodol je tp yg jual byk tak sedap tak lemak bahan2 penjual letak sikit sbb nak untung lebih
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 04:25 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaessence replied at 20-3-2025 08:08 AM
#2 Sejukkan Biskut Yang Dibuat Sebelum Simpan Dalam Bekas

Sebaik biskut siap dibakar, jangan simpan ...

Mak iols bila buat ginikan, nanti sekut raya makin berkurang. Sementara nk tggu sejuk tu ada bbrapa tangan halus merayap dendiam rembat seketoi dua pastu lari laju2 takut disenduk2kan emak
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya tart nanas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 07:33 AM GMT+8 , Processed in 1.915876 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list