CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4455|Reply: 5

[Dunia] Trump arah buka fail terakhir pembunuhan JFK

[Copy link]
Post time 19-3-2025 12:57 PM | Show all posts |Read mode


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan bahawa pentadbirannya akan mendedahkan baki dokumen pemerintah berkaitan kes pembunuhan Presiden John F. Kennedy (JFK).

Kes berkenaan terus menimbulkan pelbagai teori konspirasi meskipun sudah lebih enam dekad berlalu sejak kejadian itu.

Trump membuat pengumuman itu semasa lawatannya ke Kennedy Center, sebuah pusat seni persembahan di Washington yang dinamakan sempena presiden ke-35 AS itu.

"Sementara kita berada di sini, saya fikir ini waktu yang sesuai, kami akan mengumumkan dan menyerahkan semua fail Kennedy," katanya kepada media.

Trump sebelum ini menandatangani satu Perintah Eksekutif pada 23 Januari yang mengarahkan fail-fail berkaitan pembunuhan JFK dinyahklasifikasikan sepenuhnya.

Turut termasuk dalam perintah itu adalah dokumen berhubung pembunuhan Robert F Kennedy, adik kepada JFK, dan Martin Luther King Jr, pemimpin gerakan hak sivil terkenal AS.

"Orang ramai telah menunggu selama beberapa dekad untuk ini, dan saya sudah arahkan pasukan saya, yang diketuai oleh Tulsi Gabbard, untuk melaksanakannya," kata Trump merujuk kepada Pengarah Risikan Negara AS dalam pentadbirannya.

Walaupun beliau tidak menyatakan secara terperinci kandungan dokumen yang akan didedahkan, Trump memberi gambaran bahawa jumlah fail sangat besar.

"Kami ada jumlah dokumen yang sangat banyak, anda akan ada banyak bahan untuk dibaca.

"Saya tidak fikir kami akan tapis apa-apa pun," tambah beliau, merujuk kepada kebiasaan kerajaan menyembunyikan maklumat tertentu atas alasan keselamatan.

Arkib Negara AS sebelum ini mendedahkan puluhan ribu dokumen berkaitan pembunuhan JFK yang berlaku pada 22 November 1963, namun ribuan lagi masih dirahsiakan atas alasan keselamatan negara.

Dalam pelepasan besar terakhir pada Disember 2022, pihak arkib menyatakan bahawa 97 peratus daripada rekod berkaitan kes JFK, merangkumi sekitar lima juta halaman, telah pun didedahkan.

Siasatan rasmi oleh Suruhanjaya Warren menyimpulkan bahawa pembunuhan itu dilakukan secara bersendirian oleh Lee Harvey Oswald, seorang bekas anggota marin dan penembak tepat.

Namun, kesimpulan itu tidak pernah benar-benar diterima sepenuhnya oleh masyarakat umum.

Pembukaan dokumen secara berperingkat dan berlarutan selama beberapa dekad hanya menyemarakkan spekulasi wujudnya komplot lebih besar di sebalik pembunuhan presiden yang ketika itu berusia 46 tahun di Dallas, Texas.

"Apa yang kami lakukan ini adalah untuk ketelusan dan keadilan sejarah," kata Trump. - AGENSI


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2025 03:43 PM | Show all posts
ok cant wait!
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by slavehunter at 19-3-2025 05:06 PM

Conspirator yang bunuhnye CIA juga dibawah arahan Bush senior. Tak ikut rules deep state memang kena bunuh, dan juga mana mana figures yang boleh bagi pengaruh pada rakyat but against deep sta
te memang kena bunuh la macam Martin luther king.

Recently Infowars punya journalist pun kena brutally murdered, lagi sorang kena ambush dengan Swat team. Teori nye is a warning message to A.J.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 05:08 PM | Show all posts
slavehunter replied at 19-3-2025 04:02 PM
Conspirator yang bunuhnye CIA juga dibawah arahan Bush senior. Tak ikut rules deep state memang kena ...

Pusing pusing balik...dua beradik ni kena bunuh bila against Jew yahudi lehnat Zionist.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2025 08:29 PM | Show all posts
https://www.archives.gov/research/jfk/release-2025

Nah link archives
80 ribu mukasurat
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2025 01:11 PM | Show all posts
dia kena bunuh sbb nak stop seroel ni buat senjata nuclear sendiri, yg diorang curi bahan tu dari us jugak..

tu je sebenarnya, sape yg kacau derang mmg akan kena padamlah nanti..

now you know who controling the world via proxy.. nak tanah tp takut berperang tp suruh org lain mati untuk dia, ring any bell now?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 08:43 AM GMT+8 , Processed in 1.285469 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list