CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7582|Reply: 0

Wanita sarat hamil paksa diri masak berbuka, kemas rumah- Suami biawak main game je

[Copy link]
Post time 18-3-2025 11:55 AM | Show all posts |Read mode


Ramadan kali ini benar-benar menguji mental dan emosi seorang wanita yang sarat hamil anak sulung.

Bayangkan ketika kandungan memasuki usia lapan bulan, dia masih perlu keluar bekerja bagi menampung perbelanjaan keluarga memandangkan gaji suami yang kecil.

Komitmen bulanan sedia ada dan kos menyambut kehadiran cahaya mata menyebabkan dia perlu terus bekerja.

"Jujurnya saya memang tak larat nak bawa diri pun. Tapi sebab faham gaji suami tak besar, jadi saya buat keputusan untuk kerja sampai bersalin.

"Cuma itulah, dah hujung-hujung bulan ni, memang tak larat sangat nak buat kerja rumah seorang," luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Dalam keadaan yang sarat hamil itu, ditambah pula berpuasa di bulan Ramadan, kepenatan dan kesibukannya kini berlipat kali ganda.

Namun dia kecewa kerana suaminya bersikap pentingkan diri sendiri dan tidak membantunya dalam urusan kerja rumah.

"Saya sampai rumah pukul 6.30 petang, rumah gelap. Suami duduk dalam bilik main game.

"Kerja yang saya minta tolong semasa saya keluar kerja semua tak jalan. Saya dah teruk sangat dan masak nasi lauk semua untuk berbuka.

"Masa berbuka, saya hanya jamah air dan makan tempe sikit buat alas perut," ujarnya.

Lebih memilukan, katanya dia terpaksa menyambung membuat kerja-kerja lain seperti mengemas sejurus selepas berbuka.

"Selepas jamah, saya terus vakum dan mop rumah. Paling menyedihkan apabila suami hanya tengok dan diam.

"Sepatah kata maaf pun tak ada. Kenapa suami macam tak faham ye?" soalnya.

Bukan mengungkit, tapi dia mempersoalkan peranan suaminya yang tidak bekerja pada hari berkenaan, malah sudah diminta untuk membantunya melakukan beberapa kerja rumah.

"Semalam, suami cuti dan saya kerja. Saya minta tolong dia untuk basuh baju, vakum dan mop rumah sementara tunggu berbuka. Saya plan balik tu memang nak fokus memasak je," jelasnya.

Pada masa sama, dia mengakui hanya mampu menahan sebak akibat kepenatan dan kesakitan yang terpaksa ditanggungnya sendiri.

"Adakah saya terlalu beremosi? Sepanjang buat kerja rumah, saya tahan je mata ni daripada menangis. Kaki dengan pinggang memang rasa nak tercabut dah sebab pagi kerja, balik rumah sambung buat kerja lagi.

"Bawah perut saya memang rasa sakit sangat tapi saya teruskan je buat kerja rumah.

"Doakan saya dipermudahkan urusan bersalin. Jika apa-apa buruk yang berlaku, semoga buruk itu cuma jadi dekat saya, bukan kat anak. Semoga anak saya lahir dengan selamat," luahnya lagi.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.474039 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list