CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7242|Reply: 0

Raya makin dekat, elok sangat cuba petua ini... Bau hancing dalam tandas hilang serta-merta!

[Copy link]
Post time 17-3-2025 01:02 PM | Show all posts |Read mode

PERNAHKAH anda berdepan masalah bau tandas yang kuat dan hancing walaupun dah banyak kali disental sehingga diyakini bersih?

Kadangkala bau hancing tidak dipengaruhi oleh tahap kebersihan tandas tetapi bau tersebut mungkin telah ‘sebati’ kerana cara pembersihan dan sabun pencuci yang digunakan tidak sesuai.

Namun, dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah, anda tidak perlu lagi menghidu bau yang menyiksakan itu setiap kali menggunakan tandas.


Cara membuat semburan penghilang bau tandas:

1. Hiriskan dua biji buah lemon secara nipis kerana lebih berkesan untuk menghilang bau.

2. Kemudian didihkan lima hingga 10 kuntum buang cengkih dalam periuk kecil bersama air selama 5 minit untuk mengeluarkan minyak pati (infusi cengkih).

3. Tambahkan hirisan lemon dan estrak vanila ke dalam infusi cengkih dan biarkan campuran selama 10 minit untuk sebati.

4. Tapis cengkih dan hirisan lemon, kemudian tuangkan cecair ke dalam botol semburan.

5. Semburkan di sekitar dinding tandas, kawasan dengan bau hancing yang kuat atau lantai bilik air untuk hilangkan bau busuk dan menyegarkan tandas.


Tip tambahan untuk tandas berbau segar:

1. Pastikan pengudaraan baik dengan membuka tingkap atau gunakan kipas ekzos untuk menghilangkan kelembapan dan bau.

2. Bersihkan bilik air secara berkala di kawasan seperti mangkuk tandas, tempat mandi dan sinki sekurang-kurangnya sekali seminggu.

3. Guna bahan pembersih semula jadi seperti cuka atau baking soda untuk membasmi kuman dan meneutralkan bau.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.068140 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list