CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19698|Reply: 0

Nak turun berat badan sepanjang Ramadan? Anda belum terlambat, ikuti tip ini jika ingin tampil menawan menjelang Aidilfitri

[Copy link]
Post time 15-3-2025 12:21 PM | Show all posts |Read mode

BULAN puasa merupakan waktu terbaik untuk seseorang menurunkan berat badan kerana lebih mudah mengawal pola pemakanan berbanding bulan-bulan lain.

Menurut perunding kecergasan Kevin Zahri, berpuasa menyebabkan badan tidak mendapat menyerap glukosa daripada makanan dan minuman untuk tempoh yang lama.

Ini menyebabkan badan anda secara automatik mencari sumber tenaga lain seperti lemak untuk membekalkan tenaga ke seluruh tubuh.

Proses membakar lemak ini yang menjadi punca kepada pengurangan berat badan sekali gus menurunkan kadar kolestrol dalam darah.

Oleh itu, sekiranya anda mahu proses penurunan berat badan menjadi lebih efisien, amalkan lima tip ini:


1. Bersahur dengan protein dan fiber

Ia cepat mengenyangkan untuk mengelak makan berlebihan ketika bersahur.

Contoh protein yang boleh diambil misalnya ayam, ikan dan teluar manakala fiber pula ialah sayur, oat, beras perang dan roti serat.

Makanan-makanan sedemikian buatkan perut kenyang untuk tempoh yang lama dan badan bertenaga sepanjang berpuasa.

2. Minum air secukupnya semasa bulan puasa

Walaupun berpuasa, pastikan minum air yang cukup semasa bersahur, berbuka atau moreh kerana kekurangan air boleh mencetuskan nafsu makan yang palsu padahal anda hanya perlukan air.

3. Lakukan senaman yang berintensiti rendah

Waktu disarankan untuk melakukan senaman adalah sebelum berbuka puasa memandangkan ia merupakan masa terbaik untuk membakar lemak memandangkan tiada glukosa dalam badan.

Contohnya senaman adalah brisk walking, badminton santai, slow jog asalkan kadar degupan jantung dalam lingkungan 115 sehingga 120bpm selama 30 minit.

4.Berhenti makan sebelum kenyang ketika berbuka puasa

Perut mengambil masa lebih kurang 20 minit daripada suapan kurma yang pertama untuk rasa kenyang timbul.

Oleh itu, berpada-pada dalam pengambilan makanan agak tidak berlebihan di samping membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

5.Cukup tidur semasa bulan Ramadan

Walaupun bulan mulia ini sarat dengan pelbagai amalan, badan tetap memerlukan tidur dan rehat yang cukup.

Sekiranya tidak cukup, ia akan menyebabkan badan menjadi stres sekali gus meningkatkan nafsu makan sehingga sukar mengawal pengambilan kalori.

Sumber: mStar

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.738625 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list