View: 29039|Reply: 18
|
[Jenayah]
Cubaan Menjual Ala Ikea, Letak Harga Berasingan!
[Copy link]
|
|
Netizen terkejut apam dijual berasingan dengan kelapa di sebuah bazaar ramadan.
Mereka mendakwa peniaga tersebut sebagai mengambil kesempatan.
Januar Haikal berkata: “Ini pertama kali dengarn kuih dijual ala ala IKEA, apam dan kelapa dijual berasingan. RM2 pula tu, menangis nak membayarnya.”
Netizen turut menyindir agar peniaga tersebut selepas ini mengenakan caj RM0.50 ke atas plastik.
Seorang lagi netizen berkata: “Kedai akak ni kadang-kadang kosong rasa macam tak habis pun walaupun dah pukul 6 lebih sebab mahal sangat pun, siap tak ada kelapa mana ada orang jual apam tade kelapa?”
“Ya Allah,serius la ada yang jual cara tu macam tu style orang berniaga sekarang ya. Jangan la kata kedai tu kena sihir padahal gaya awak tu berniaga memang kasi orang tak nak beli apam awak tu. Masalahnya ada je kan orang beli apam dia?,” tulis yang lain.
Ada juga yang meninjau komen di TikTok video tersebut dan rata rata tidak setuju dengan cara peniaga tersebut.
Seorang peniaga yang lain mempertahankan tindakan peniaga tersebut kerana menurutnya memang ada yang tak suka makan apam campur dengan kelapa.
Seterusnya harga kelapa sekarang memang sangat mahal dan membuatkan peniaga terbeban dengan kos.
Dia menulis: “Sebagai peniaga faham sahaja. Sebab ada yang suka makan dengan susu atau bahan lain. Tak makan dengan kelapa. Dengn harga kelapa sakarang memang menangis nak niaga kuih pakai kelapa ni.
“Kalau nak masukkan harga kelapa terus dalam harga kuih tu akan rugi dan membazir la untuk yang beli tapi tak suka kelapa.”
Komen tersebut dijawab yang lain yang mempersoalkan: “Tapi RM2 untik kelapa sedikit macam tu?”
Lalu peniaga tadi berkata: “Setuju, tak kena dengan harganya.”
Kemudian yang lain merasakan tindakan peniaga tersebut mengasingkan apam dan kelapa memang tindakan yang bagus, kerana memang ada yang tak suka kelapa.
Atau membuatkan apam tersebut boleh dijaga dengan lebih baik. Namun netizen berpendapat, adalah lebih baik harga apam tersebut termasuk sahaja kelapa, dan kelapa tersebut tak perlu diberikan kepada pelanggan yang tidak mahukannya, namun harganya tetap sama.
Hal ini kerana menurut mereka, kuih apam dan kelapa memang harus dijual sekali.
Ada juga yang risau trend ini akan ditiru peniaga yang lain dan membuatkan kuih apam dan kelapa dijual secara berasingan. Lebih lebih lagi ramai yang membelinya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga mcm ni laa yg akan start kuih2 lain jual asing2. Harga taknak kalah. Rasa biasa2 je. |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah ada video mcm ni.
nak kata peniaga salah, apa kesalahan peniaga? memang satu kesalahan ker jual mahal?.. peniaga boleh beli tempat lain.. nak makan makanan lain pun boleh..pembeli ada pilihan
.. tapi ada video tunjuk kedai mana dan viralkan pun tak ada salahnya, sebab memang betul harganya mcm tu, jadi klu pembeli tak nak susahkan diri sbb tak sangup beli mahal, dah ada info janganlah dtang kat kedai tu dah
|
|
|
|
|
|
|
|
tu sebab aku rasa elok je Bazar Ramadhan ni diharamkan,
bulan puasa jadi Pesta Makan, Pesta Jual beli, Pesta buang makanan dlm tong sampah terbanyak dari bulan2 lain, Pesta Penipuan makanan, jual beli bagai
takde hadis suruh dirikanlah bazar ramadhan dan berjualanla kamu untuk menuju surga firdaus...........
|
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa ikea pulak kena.. macam airasia lah |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha..
Pasar remdan kat tmaan.tun.kan apam kampung tu...
Iols suka.apam kampung warna coklat2 tu..apam.gula.merah ke apa..
Kalau ada orang jual memang iols akan belk..yum2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh kat ttdi
Belum sempat pegi sana lagi |
|
|
|
|
|
|
|
kalau 50sen tambah kelapa tu ok lagi..
melampau sangat sampai rm2..
harga kelapa sebijik kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 15-3-2025 09:16 PM
Setakat apam xde kelapa xpe, pisang goreng kopok lekor xde sos xpe, kalau satay ai x mau kuah sbb malas mengotorkan sinki
Kelapa ganti dgn bahan lain la, nak buat buat kuih buah melaka 15 ketul gelek nestum oat horlick x koser parut kelapa petik belakang rumah
Sbb org zaman dulu2 pakai apa saja yg ditanam blkg rumah pakai daun pisang daun kelapa daun kunyit daun hutan buat tempe dan tapai |
|
|
|
|
|
|
|
lps ni customer kurang ko jgn nk bising2 plk
btw ada tgk 1 video makcik jual kuih2 kg dgn anak laki die kot
die niaga bazar bwh hall besar, x sure kat mn
kat pintu masuk ke pintu keluar mcm tu lah
sbb mmg hujung
tp sygnya org x berapa nk membeli
pkl 7 bnyk sgt2 LG
alih2 ada org ni tah founder ke org kaya mn tah, dgn video, of course
beli semua kuih acik tu
600 ringgit plus duit raya kat acik dgn dak laki tu
nangis acik tu dpt rezeki bnyk gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
dh dia niaga kt ttdi, so target customer t20 ke atas la...yg berkira2 nk membayar ni sila pegi bazar pantai dalam sbb situ kawasan b40 |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 16-3-2025 08:14 AM
lps ni customer kurang ko jgn nk bising2 plk
btw ada tgk 1 video makcik jual kuih2 kg dgn anak lak ...
Ceh beriya akak baca sampai habis cerita kau sissy, last2 tak ada kaitan pun dengan cerita tt bukak sissy.  |
|
|
|
|
|
|
|
Rasaanya sbb kelapa skrg ni mahal gila kot. Even santan kotak pon SG tkejut dr rege seliter RM12-13, now seliter dah jadi rm17 |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 15-3-2025 09:00 PM
Setakat apam xde kelapa xpe, pisang goreng kopok lekor xde sos xpe, kalau satay ai x mau kuah sbb ma ...
kalau satay ai x mau kuah sbb malas mengotorkan sinki
---
First time dengar tak nak makan kuah sate sbb x nak kotor kan sinki. Dah tu tak payah le buka dr pastik bungkus dia tu. Sinkintu bungkus je la better jgn pakai. |
|
|
|
|
|
|
|
vanillaessence replied at 15-3-2025 06:29 AM
Honestly, i akan byr je rm2 tu. Apam dia nampak sangat menarik, iols mmg minat segala jenis apam, apam beras apam balik. Apam poen je idok sbb iols bukan lesbo.
Ingat senang ke, kalau x nak byr buat le sendiri tau le seksanya. Dia nak kena ensure lak kelapa parut tu tak basi halfway if not rugi je. Semua pakai tenaga juga dah le masing2 posa.
Org tau nak komplen je mahal tp kalau elok kalau sanggup bayar je la. Kalau x sanggup balik parut le kelapa sendrik tengok is it really worth not paying rm2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 16-3-2025 04:36 PM
Samerosie replied at 16-3-2025 02:42 PM
kalau satay ai x mau kuah sbb malas mengotorkan sinki
---
First time dengar tak nak makan kuah sat ...
Ai jika beli satay ckp kat penjual x mau kuah sebaiknya lebihkan timun
Mknn berkuah2 berhampas2 itu bottle trap sinki kena cuci selalu, so lebih baik kurangkan masak berhampas dan minyak masak dibuang di botol khas |
|
|
|
|
|
|
|
lee_sakura replied at 16-3-2025 09:52 AM
dh dia niaga kt ttdi, so target customer t20 ke atas la...yg berkira2 nk membayar ni sila pegi bazar ...
Yang gigih mengerumun menyoping juadah kat param ttdi ni ramai orang luar. Vibes T20 la katanyehhh. Semak la wehh. 
Orang sini tak lapar dengan param ttdi. Depa ada spot lain murah sikit dan tenang dari tempat ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|