CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23822|Reply: 0

MotoGP: Martin mungkin tersisih hingga pusingan kelima

[Copy link]
Post time 15-3-2025 01:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 15-3-2025 01:37 AM

MotoGP: Martin mungkin tersisih hingga pusingan kelima

ZURAIMEE ZAINAL
14 Mac 2025 11:50pm




Martin


JUARA MotoGP, Jorge Martin mungkin tersisih sehingga pusingan kelima kejuaraan kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan selepas pembedahan, kata pelumba Aprilia itu pada Jumaat.

Martin sebelum ini mengalami kemalangan semasa sesi ujian pramusim di Sepang yang menyebabkan patah tangan dan kaki, serta menjalani pembedahan yang mengakibatkannya terlepas perlumbaan pembukaan di Thailand.


Pelumba berusia 27 tahun itu akan menyaksikan Grand Prix (GP) hujung minggu ini di Argentina serta GP Amerika di Austin pada hujung bulan ini dari tepi litar, sementara ketua pasukan Aprilia, Massimo Rivola, menunggu kepulangan bintang baharu pasukan itu.

"Saya benar-benar menderita, ini bukan masa saya. Saya bergelut untuk pulih secepat yang saya mahukan. Saya juga boleh katakan bahawa saya tidak akan berada di Austin. Saya ingin berada di sana tetapi saya tidak akan berlumba. Saya tidak tahu sama ada saya boleh berlumba di Qatar.


"Ini masih terlalu awal. Sudah tentu saya ingin melakukan ujian sebelum kembali berlumba kerana saya tidak berasa begitu baik. Saya tahu Massimo juga sedang berusaha untuk itu, jadi mari kita lihat jika kita boleh merealisasikannya," kata Martin melalui pautan video pada sidang media pelumba menjelang GP Argentina.

GP Amerika akan diadakan dari 28 hingga 31 Mac, manakala pusingan keempat di Qatar berlangsung dari 11 hingga 13 April.


Martin mungkin kembali untuk GP di tempat asalnya di Sepanyol pada akhir April.

Beliau bertukar daripada Pramac Racing ke Aprilia sebelum musim 2025 tetapi hanya sempat melakukan 13 pusingan dalam ujian sebelum kemalangan.

Ketiadaan Martin menyaksikan juara MotoGP enam kali, Marc Marquez, mendahului kedudukan selepas prestasi cemerlangnya meraih petak utama, kemudian memenangi perlumbaan pecut dan GP di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand, pada 7 Mac lalu.

\MOTOGP 2025

KEDUDUKAN
1. Marc Marquez (Sepanyol)
Ducati Lenovo (37 mata)

2. Alex Marquez (Sepanyol)
Gresini Ducati (29 mata)

3. Francesco Bagnaia (Itali)
Ducati Lenovo (23 mata)

4. Franco Morbidelli (Itali)
Pertamina VR46 Ducati (18 mata)

5. Ai Ogura (Jepun)
Trackhouse Aprilia (17 mata)

6. Marco Bezzecchi (Itali)
Aprilia Racing (10 mata)

7. Brad Binder (Afrika Selatan)
Red Bull KTM (10 mata)

8. Johann Zarco (Perancis)
Castrol Honda LCR (9 mata)

9. Enea Bastianini (Itali)
Red Bull KTM Tech3 (7 mata)

10. Fabio Di Giannantonio (Itali)
Pertamina VR46 Ducati (6 mata)

* Kedudukan 10 teratas selepas GP Thailand

https://www.sinarharian.com.my/article/717749/berita/sukan/motogp-martin-mungkin-tersisih-hingga-pusingan-kelima


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.139952 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list