View: 7614|Reply: 8
|
Bergambar di luar kereta api sedang bergerak, wanita parah terhantuk dinding terowong
[Copy link]
|
|
SEORANG pelancong cedera parah selepas mengeluarkan badannya ketika kereta api yang sedang bergerak demi mengambil gambar sebelum terhempas ke dinding terowong.
Wanita berusia 35 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki.
Kejadian itu berlaku pada 9 Mac lalu ketika mangsa menaiki kereta api dalam perjalanan dari Nanu Oya ke Badulla di Sri Lanka.
Dia bersandar keluar dari kereta api untuk bergambar, apabila kepalanya terhantuk ke dinding terowong, menyebabkan dia terjatuh.
Wanita yang merupakan pelancong warga China itu kemudian dikejarkan ke sebuah hospital, sebelum dipindahkan ke dua hospital lain untuk rawatan dan penjagaan khas.
Kedutaan China di Sri Lanka pada 10 Mac lalu mengeluarkan pemberitahuan di laman webnya, mengingatkan pelancong untuk 'menjauhkan diri dari pintu kereta api dan tidak bersandar keluar dari kereta api untuk bergambar'.
Kedutaan itu juga memberi amaran kepada pelancong agar tidak bermain-main di sekitar landasan kereta api.
Bersandar keluar dari kereta api menjadi trend bergambar yang popular dalam kalangan pelancong di Sri Lanka. -Agensi
SUMBER: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
'Bersandar keluar dari kereta api menjadi trend bergambar yang popular dalam kalangan pelancong di Sri Lanka.'
Salah pelancong ka salah Sri Lanka?
|
|
|
|
|
|
|
|
pelancong China ni pelik2. Dulu jatuh kat kawah Indon pun pelancomg China. Bergambar punya pasal |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh, bodoh dan bodoh
moga tak membiak.. sekain  |
|
|
|
|
|
|
|
ok pelancong china kalu lantakkan.. menyusahkan org no 1.. biarkan hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
che-cikL replied at 14-3-2025 01:05 PM
Sori, tak de simpati
Dalam tak ada simpati pun chuols tetap cakap sorry sissy. Kelakar sissy.  |
|
|
|
|
|
|
|
Orang kita pun ada yang terikut-ikut selfie atau bergambar secara extreme |
|
|
|
|
|
|
|
Kan... jenis mengutuk orang nombor satu tapi lupa tengok cermin.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|