CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 24947|Reply: 0

[SEJARAH] Walt Disney, legenda animasi dunia

[Copy link]
Post time 13-3-2025 09:58 PM | Show all posts |Read mode

SIAPA yang tidak kenal dengan Mickey Mouse? Watak ikonik itu bukan sekadar satu lukisan kartun biasa tetapi ia merupakan simbol kejayaan seorang lelaki yang berani bermimpi besar iaitu Walt Disney.

Namun, ramai yang hanya mengenalinya sebagai pencipta animasi tanpa menyedari bahawa beliau juga adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya membina sebuah empayar hiburan terbesar di dunia.

Permulaan seorang legenda

Walt Disney dilahirkan pada 5 Disember 1901 di Chicago, Amerika Syarikat. Sejak kecil, beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap seni dan animasi.

Dengan semangat yang tidak pernah luntur, beliau mula bekerja sebagai pelukis kartun sebelum menubuhkan syarikat animasinya sendiri iaitu Disney Brothers Studio bersama abangnya, Roy O. Disney pada 1923.

Namun, perjalanannya menuju kejayaan bukanlah semudah yang disangka. Disney menghadapi banyak kegagalan awal termasuk kehilangan hak cipta watak Oswald the Lucky Rabbit yang hampir memusnahkan kerjayanya.


Namun, daripada kegagalan itulah, lahirnya Mickey Mouse yang akhirnya menjadi ikon global.

Kejayaan itu membawa kepada penerbitan filem animasi pertama Disney yang mempunyai suara iaitu Steamboat Willie pada 1928.

Filem tersebut berjaya menarik perhatian ramai dan membuka jalan kepada lebih banyak produksi animasi berkualiti tinggi.

Peneraju industri animasi

Disney terus mencipta sejarah dengan menghasilkan filem animasi penuh warna pertama di dunia seperti Snow White and the Seven Dwarfs pada 1937. Filem tersebut mendapat sambutan luar biasa dan mengukuhkan lagi kedudukan Disney sebagai peneraju dalam industri animasi.

Selepas kejayaan itu, beliau menerbitkan lebih banyak filem animasi terkenal seperti Cinderella, Peter Pan, Sleeping Beauty dan The Jungle Book.

Kehebatan Walt Disney bukan hanya terletak pada kemahirannya mencipta animasi tetapi juga pada kebolehannya membina strategi perniagaan yang kukuh.


Disney bukan sekadar seorang artis tetapi juga seorang usahawan yang bijak membaca peluang. Beliau mengembangkan syarikatnya daripada hanya sebuah studio animasi kepada konglomerat hiburan dengan pelbagai produk.

Beliau turut memperkenalkan konsep merchandising dengan menjual barangan berkaitan fi lem dan watak animasi, menjadikan syarikatnya lebih kukuh dari segi kewangan.

Disneyland, impian jadi kenyataan

Pada 1955, Walt Disney berjaya merealisasikan impiannya dengan membuka Disneyland iaitu taman tema pertama di dunia. Konsep taman tema itu membolehkan peminat-peminat animasi menikmati pengalaman dunia fantasi yang sebenar.

Kejayaan tersebut turut membawa kepada pembinaan Disney World di Florida serta beberapa taman tema lain di seluruh dunia.


Selain itu, Disney juga memperluaskan empayarnya dengan membeli studio terkenal seperti Pixar, Marvel Studios dan Lucasfilm, menjadikan menjadikan syarikatnya sebagai pemain utama syarikatnya sebagai pemain utama dalam industri hiburan dunia.

Ini membuktikan betapa jauhnya pengaruh Walt Disney dalam dunia perniagaan dan hiburan global.

Legasi yang tidak pudar

Walt Disney meninggal dunia pada 15 Disember 1966 tetapi legasinya terus hidup sehingga ke hari ini.

Syarikat yang diasaskannya kini bernilai berbilion dolar dan menjadi salah satu jenama paling berpengaruh di dunia. Karakter seperti Mickey Mouse, Donald Duck dan Puteri Disney terus memikat hati generasi baharu manakala filem-filem terbitan Disney terus mendominasi industri perfileman.

Hari ini, The Walt Disney Company bukan sahaja menguasai industri filem dan animasi tetapi juga siaran televisyen, taman tema, perhotelan dan pelbagai bentuk hiburan lain.

Syarikat tersebut turut memiliki rangkaian televisyen terkenal seperti ABC dan ESPN, menjadikannya salah satu empayar media paling berkuasa di dunia.


Kisah hidup Walt Disney mengajar kita bahawa kejayaan bukan datang dengan mudah. Ia memerlukan keberanian, kerja keras dan keinginan untuk mencipta sesuatu yang luar biasa.

Daripada seorang pelukis muda kepada seorang tokoh perniagaan global, Walt Disney membuktikan bahawa impian yang besar boleh menjadi realiti jika kita berusaha untuk mencapainya.

Jadi, jika anda mempunyai impian, jangan takut untuk mengejarnya. Bak kata Walt Disney, ‘If you can dream it, you can do it’. – RELEVAN

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21137 Replies : 9
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44197 Replies : 609
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 2749 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 14707 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77209 Replies : 512
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 4384 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.425844 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list