View: 7652|Reply: 2
|
Ramai menggigil lalu sebelah kontena senget
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Tindakan sebuah lori towing yang membawa kontena besar dalam keadaan senget mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya.
Menerusi satu video tular di TikTok milik @Abge_typer_, jelas menunjukkan lori berkenaan melalui lebuh raya dengan muatan kontena yang tidak stabil, sekali gus mengancam keselamatan pengguna jalan raya.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengkritik tindakan pemandu lori yang dianggap tidak wajar dan berbahaya.
“Patut tahan lori tu jangan bagi jalan. Bahaya orang ramai,” komen Azman Kassim.
“Saya ada lalu semalam..huh seram. Potong cepat, risau terbalik,” balas Jue Zikri.
Seorang lagi pengguna, Nuramira, meluahkan rasa hairan apabila ada kenderaan lain yang masih berani memotong lori tersebut.
“Masih ada yang nak lalu sebelah dia..mungkin tak perasan, kalau aku memang ikut belakang je la,” katanya.
Hantaran tersebut terus mendapat perhatian dengan menerima 9,025 tanda suka, 525 komen dan 6,773 perkongsian.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
lately banyak, bukan setakat lori, bas senget pun ada.
bila konar, siap sagat skirting lagi...
Pun jalan bawa penumpang macam biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa motoris lain tak nak kontek polis trafik?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|