CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7800|Reply: 1

[Jenayah] Markas sindiket seleweng 4 tan minyak masak peket sehari diserbu

[Copy link]
Post time 13-3-2025 08:19 AM | Show all posts |Read mode



KLANG – Kejahatan satu sindiket menyeleweng empat tan sehari minyak masak peket subsidi sejak setahun lalu terbongkar apabila markas mereka di Kapar diserbu kelmarin.

Serbuan dilakukan Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor kira-kira pukul 4 petang merampas 6.9 tan minyak masak peket dan peralatan pemindahan, empat buat lori.

Selain itu, turut dirampas 341 tong gas petroleum cecair (LPG) dengan anggaran berat 2,606 kilogram (kg) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM200,000.

Pengarah KPDN Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, semasa serbuan pihaknya turut menahan 15 suspek lelaki termasuk 10 daripadanya adalah warga Indonesia berusia 20 hingga 30an.

Katanya, modus operandi sindiket adalah dengan memperoleh minyak masak peket daripada pelbagai pembekal di sekitar Lembah Klang.

“Sindiket kemudiannya mengunting minyak masak itu dan mengisinya dalam lori tangki yang kebiasaannya digunakan bagi pengangkutan minyak diesel.

“Sehari mereka boleh seleweng 4,000 kg atau 4 tan yang kemudiannya dijual di pasaran gelap,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurut beliau, pihaknya sedang mengenalpasti rantaian sindiket ini dengan dipercayai dalangnya merupakan warga tempatan.

Tambahnya, siasatan juga akan dilakukan terhadap pembekalnya termasuk berdasarkan lambakan peket plastik yang telah dipotong.

“Memang kita akui ketirisan ini memberikan impak dan kita memerlukan aduan dan maklumat daripada orang awam.

“Selain itu, tiga warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen,” ujarnya.

Jelas Mohd. Zuhairi, sepanjang tahun lalu merekodkan 70 kes dengan nilai rampasan RM923,281.49 di Selangor.

“Dalam operasi ini, premis yang dijadikan stor haram ini turut melakukan pemindahan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi 14 kg kepada 50 kg.

“Kesemua kes kini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (2001),” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2025 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga tempatan mana tu. Kabel besar ke idok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.040276 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list