CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16841|Reply: 16

[Tempatan] LRT Masjid Jamek Digemparkan, Salah Satu Panel Dinding Runtuh!

[Copy link]
Post time 13-3-2025 03:46 AM | Show all posts |Read mode


Pada petang tadi Stesen LRT Masjid Jamek digemparkan dengan insiden salah satu panel dinding runtuh.

Dalam satu kenyataan rasmi Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), pihaknya mengesahkan kejadian tersebut berlaku ketika hujan lebat pada jam 4.04 petang.

“Walau bagaimanapun, insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan bangunan.

“Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan oleh pasukan fasiliti Rapid Rail.

“Perkhidmatan tren dan operasi stesen berjalan seperti biasa dan semua penumpang boleh meneruskan perjalanan untuk ke destinasi yang ditujui,” kata Rapid Rail.

Menurutnya, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat puncak kejadian tersebut secara terperinci untuk memastikan struktur binaan Stesen Masjid Jamek selamat.

“Anggota Polis Bantuan tambahan telah ditempatkan di stesen bagi melancarkan pergerakan penumpang.

“Rapid Rail memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi penumpang pada ketika ini.

“Sebarang perkembangan terkini akan dikemaskini menerusi laman media sosial Rapid KL,” katanya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2025 07:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2025 10:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde guna beam besi kt situ.angin kuat runtuhlah dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dinding sudah runtuh, kenapa tak puji kerajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Angin tiup pun dinding boleh retak, entah apa-apa entah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2025 06:53 AM | Show all posts
mmg ujan lebat pun smlm...siap ngn angin bagai
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah puluhan thn tak runtuh bila sekali runtuh pakat kecam...

Yg puluhan thn kukuh tu tkde sorg pun ucap syukur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2025 11:01 AM | Show all posts
Gokuuu replied at 13-3-2025 08:23 AM
Dah puluhan thn tak runtuh bila sekali runtuh pakat kecam...

Yg puluhan thn kukuh tu tkde sorg pun  ...

biasalah..manusia jarang yang reti bersyukur.. nak2 kalau terjadi di zaman pemerintah yang bukan pilihan dia...macam2 bunyi... yg kelakar ada yang salahkan menteri pengangkutan pasal ni..aduh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 11:03 AM | Show all posts
batmana replied at 13-3-2025 04:49 AM
Xde guna beam besi kt situ.angin kuat runtuhlah dia

tak perlu steel beam pon..elok ada starter bar je kat kiri kanan utk pegang dinding tu dgn tiang
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 11:11 AM | Show all posts
ohh mujur tak kena orang. tebal gak dinding tu. kuat betul ributnya ye. selalu kalau nak tukar musim, memang akan ribut2 begini la. spring is approaching soon. walaupun kita takde musim tapi kena gak la effectnya sesikit. syukurlah..kalau nak banding dengan negara2 jiran lain. kalau pilipin tu tahap bumbung semua habis terbang kalau kena typhoon..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 13-3-2025 06:13 AM
Angin tiup pun dinding boleh retak, entah apa-apa entah

Projek UMNO macam tu la.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde taufan tak ada gempa bumi kena angin dinding boleh runtuh. Sila dedah company mana yang susun bata tu dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 12:38 PM | Show all posts
30 tahun dia elok tegak berdiri kat situ berhujan berpanas. tiba2 semalam runtuh 1 panel.. terus semua bising salahkan org tu org ni. agaknya klu runtuh 10 panel sekali.. mau rakyat pakat2 mintak tumbangkan gomen
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau malaysia ni ada gempa, bangunan flat tinggi2 tu tahan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 13-3-2025 05:38 AM
Dinding sudah runtuh, kenapa tak puji kerajaan?

arini pintah..sok..dinding runtuh...saiya ta'mau ulang la kaka....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2025 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 13-3-2025 12:38 PM
30 tahun dia elok tegak berdiri kat situ berhujan berpanas. tiba2 semalam runtuh 1 panel.. terus sem ...

-1 panel runtuh..kita ajak mat sabu guling atas jalan.
-semua runtuh...kita ajak baju kuning ngn 'rakan2 mereka dedulu' sekali guling atas jalan....
                          
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.602206 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list