CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25279|Reply: 0

[Sarawak] Siti Nor Jasnira Daniah cari bapa kandungnya Zaini

[Copy link]
Post time 12-3-2025 07:24 PM | Show all posts |Read mode

LIMBANG: Seorang gadis memohon bantuan orang ramai untuk menjejaki bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.

Siti Nor Jasnira Daniah Zaini (gambar), 22, dari Kampung Kuala Berawan berkata, dia tidak bertemu bapanya Zaini sejak berusia 13 tahun.

“Ketika saya berusia 13 tahun, saya dan dua abang saya  tidak lagi berjumpa ayah sehinggalah kini," katanya kepada media hari ini.

Siti Nor Jasnira berkata, dia difahamkan bahawa ibu dan bapanya berpisah pada 2003 ketika dia baru berumur lapan bulan.

"Apabila kedua-duanya berpisah saya semakin sukar untuk menjejaki ayah saya.

"Saya berharap mereka yang mempunyai maklumat dan mengenali ayah saya boleh tampil dan hubungi talian 013-6443930,” ujarnya.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterimanya dipercayai ayahnya kini tidak lagi berada di Sarawak.


Sumber: Utusan Borneo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.572389 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list