|
KOTA KINABALU: Seramai 699 orang daripada 50 keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas di sini baru-baru ini menerima bantuan bekalan makanan.
Syarikat perkhidmatan e-hailing iaitu Maxim tidak melepaskan peluang sempena bulan Ramadan ini untuk menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada golongan yang memerlukan.
Bantuan yang disampaikan kepada semua penerima turut melibatkan barangan keperluan harian untuk memberi keselesaan kepada mangsa kebakaran di kampung itu.
Insiden yang berlaku sehari sebelum umat Islam menyambut Ramadan memusnahkan kediaman penduduk hingga ada yang hilang semua harta benda.
Barangan yang diberikan berdasarkan permintaan daripada mangsa kebakaran yang memerlukan bekalan makanan seperti biskut, mi segera, gula, kopi, susu, dan keperluan lain.
Bagi memastikan pengagihan bantuan CSR kepada semua penerima berjalan lancar, Maxim turut dibantu oleh pemandu rakan kongsi.
Salah seorang pemandu rakan kongsi, Mizzuri Asfira Anak Repong berkata, peluang untuk menyertai acara amal seperti penyampaian bantuan memberi motivasi kepada dirinya untuk terus bekerja sebagai pemandu rakan kongsi.
“Sebagai sebahagian dari Maxim e-hailing, saya sangat bersyukur atas peluang ini.
"Ini juga memotivasikan saya untuk menjadi orang yang lebih baik dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
"Saya berharap ini dapat memberi manfaat kepada mangsa-mangsa yang lain,” katanya di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Maxim e-hailing di Kota Kinabalu, Dennie Dimpat berkata, aktiviti kebajikan itu diadakan untuk membantu keluarga yang memerlukan dan mereka yang terlibat dalam bencana.
Menurutnya, menerusi aktiviti itu, ia dapat mengukuhkan lagi hubungan antara Maxim dan komuniti.
"Dengan bantuan yang disalurkan, diharap beban semua keluarga yang terlibat dalam aktiviti ini dapat diringankan.
"Program seperti ini akan membantu syarikat swasta untuk lebih mendekati dan memahami komuniti serta menjalin hubungan yang lebih mesra,” katanya.
Tambahnya, Maxim e-hailing ingin mencapai impak positif dari program itu dan ia adalah salah satu komitmen syarikat untuk berkongsi dengan komuniti.
Sumber: Utusan Borneo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|