CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8740|Reply: 0

Yusri akui penjaga gol Negeri Sembilan kebal

[Copy link]
Post time 9-3-2025 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Penjaga gol Negeri Sembilan, Muhamad Aqil Abdul Razak (kanan) menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi ketika menentang Perak FC

pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi. – Foto BERNAMA

MANJUNG: Pemain terlalu gopoh dan tertekan untuk menjaringkan gol menjadi punca Perak FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri dan sekadar seri tanpa jaringan pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.

Pengendalinya Yusri Che Lah mengakui kecemerlangan penjaga gol Negeri Sembilan FC, Muhamad Aqil Abdul Razak antara punca skuadnya gagal meraih tiga mata walaupun pasukan lawan beraksi dengan 10 pemain.

"Saya memberi pujian kepada penjaga gol lawan yang beraksi cemerlang, kami ada dua peluang separuh masa pertama dan empat peluang pada babak kedua.

"Pemain saya tertekan untuk mendapatkan jaringan dan percubaan demi percubaan yang dihalang menyebabkan semangat anak buah saya menjadi semakin kendur, akhirnya terpaksa berpuas hati dengan satu mata sahaja," katanya pada sidang media selepas aksi malam tadi.

Bagaimanapun Yusri berkata, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan apa yang disajikan pemainnya semalam.

Sementara itu ketua jurulatih Negeri Sembilan, K Nanthakumar berpuas hati dengan persembahan anak buahnya apabila berjaya mengutip satu mata di Manjung.

Pengendali yang juga bekas pemain Perak itu berkata, walaupun diberikan tentangan sengit oleh pemain skuad The Bos Gaurus, anak buahnya berjaya mengawal permainan dengan baik serta berjaya menyekat gerakan pihak lawan.

"Sepanjang perlawanan kami diserang bertubi-tubi, tapi pemain bertahan dengan baik terutamanya Muhamad Aqil yang banyak menafikan usaha Perak.

"Dia (Muhamad Aqil) pemain terbaik malam ini yang menunjukkan aksi luar biasa, malah kami hanya beraksi 10 pemain dan dia menyelamatkan banyak percubaan bahaya pemain Perak pada separuh masa kedua," katanya.

Nanthakumar mengakui beliau berdepan dengan tugas mencabar susulan keadaan pasukan bimbingannya yang terus bergelut untuk mendapatkan kemenangan ketika saingan musim ini sudah menghampiri penghujungnya. – BERNAMA


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:06 AM GMT+8 , Processed in 1.087063 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list