CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5616|Reply: 0

Bisa goncang dunia!

[Copy link]
Post time 8-3-2025 03:53 PM | Show all posts |Read mode

HARI Wanita Antarabangsa dilihat antara usaha mengiktiraf sumbangan wanita dalam pelbagai bidang.

Menyusuri tema Wanita Beraspirasi, Membina Legasi, ia sebagai seruan untuk wanita terus maju dan memberikan impak positif.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, Hari Wanita Antarabangsa bukan sekadar meraikan kejayaan, tetapi juga sebagai platform pemerkasaan.

"Wanita perlu memanfaatkan segala potensi dan kekuatan mereka untuk menghadapi cabaran kehidupan.

"Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia!

"Peranan wanita bukan sahaja dalam keluarga, tetapi juga dalam membentuk kemajuan negara.

"Justeru, wanita perlu menguatkan ketahanan diri dan kesihatan mental untuk menangani tekanan hidup, sambil menghargai hak-hak perundangan dan menjaga keselamatan diri," katanya.


Fatin Amirah Zaabar, 34, (Isteri, ibu dan usahawan)

Fatin Amirah, 34, mengakui kejayaan wanita bukan hanya diukur melalui pencapaian peribadi, tetapi juga impak kepada keluarga dan masyarakat.

"Sebagai isteri, ibu dan usahawan, cabaran utama saya ialah mengimbangi peranan berbeza tanpa mengabaikan keutamaan.

"Dalam menyantuni peranan sebagai ibu, saya pastikan untuk sentiasa hadir dalam setiap detik penting kehidupan anak-anak dan keluarga.

"Kejayaan bermula dengan kestabilan rumah tangga yang akhirnya membentuk masyarakat yang lebih baik.

"Wanita juga pelu kekal fokus dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian," katanya.


Nurzahrina Zaidi, 25, (Pegawai perhubungan awam)

Dalam bidang komunikasi korporat, beliau melihat bagaimana naratif yang tepat boleh membentuk persepsi dan membawa perubahan.

Beliau pernah berdepan cabaran apabila berlaku salah faham dalam penyampaian maklumat, tetapi belajar dari pengalaman itu.

"Saya mahu setiap wanita muda percaya bahawa suara mereka penting dan impian mereka berharga.

"Saya menjadikan ibu saya dan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai inspirasi dan wanita contoh yang memberi kesan positif dalam kehidupan orang lain.

"Wanita muda hari ini bukan sekadar pemerhati, tetapi pencipta trend dan pemimpin perubahan.


Fida Syafida Sahat, 21, (Pelajar)

Bagi Fida Syafida, wanita bukan hanya mengejar impian sendiri tetapi juga membina warisan yang memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Beliau yang berkecimpung dalam bidang kreatif percaya bahawa wanita harus diberi peluang sama rata tanpa stereotaip.

"Wanita tidak sepatutnya perlu bekerja lebih keras hanya untuk mendapat pengiktirafan yang sama seperti lelaki.

"Inspirasi saya datang daripada Ariana Grande dan Malala Yousafzai iaitu dua wanita berpengaruh dalam bidang masing-masing.

"Ariana tidak tunduk kepada tekanan patriarki, manakala Malala pula memperjuangkan hak pendidikan wanita.

"Begitu juga dengan wanita muda yang dilihat memainkan peranan penting sebagai penggerak perubahan dalam masyarakat.

"Pendidikan juga adalah kunci kejayaan dan alat untuk membawa perubahan kepada dunia.

"Justeru, saya ingin melihat lebih ramai wanita menerajui dunia akademik dan industri dengan kepintaran mereka," katanya.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.148919 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list