View: 12389|Reply: 0
|
Suri Rumah Jangan Rendah Diri, Tak Semua Dapat Rasa Manisnya Jadi Ibu Sepenuh Masa
[Copy link]
|
|
STIGMA masyarakat terhadap suri rumah membuatkan golongan berkenaan berasa 'kerdil' sehingga bertindak membandingkan diri mereka dengan wanita berkerjaya.
Mana tidaknya, ramai beranggapan bahawa tugas suri rumah adalah mudah kerana hanya duduk 'goyang kaki' dan tidak perlu keluar berkerja seperti orang lain.
Hakikatnya mereka adalah tulang belakang yang menguruskan segala hal rumah tangga termasuk melayani suami dan anak-anak tanpa mengenal erti penat.
Menurut pempengaruh Wawa Hadid, suri rumah tidak sepatutnya terlalu merendah diri sebaliknya mereka harus bangga dengan pilihan diambil untuk berkorban demi keluarga.
"Dah masuk 2025, berhenti rasa insecure jadi suri rumah. Kalau anda gembira duduk rumah jaga anak, teruskan. Jangan rasa diri kurang hanya sebab pilihan hidup kita berbeza dengan orang lain," katanya.
Berikut antara alasan suri rumah usah berasa rendah diri dengan tanggapan negatif masyarakat terhadap mereka:
1) Wang ringgit boleh dicari tetapi momen membesarkan anak hanya sekali
Pengalaman membesarkan anak-anak adalah perkara yang bermakna buat setiap ibu, namun tidak semua berpeluang merasainya.
Suri rumah merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak memandangkan mereka menjadi tempat mengadu dan bercerita segala perkara.
Malah, mereka menemani anak-anak dalam setiap langkah misalnya momen pertama kali menyebut perkataan ketika bayi dan hari pertama menjejakkan kaki ke alam persekolahan.
2) Suri rumah juga boleh menjana pendapatan sendiri
Duduk di rumah bukan bermakna tidak boleh mempunyai duit sendiri, pelbagai jenis pekerjaan tersedia lebih-lebih lagi dalam zaman digital ini.
Suri rumah tidak perlu lagi mengharap wang pemberian suami sebaliknya mereka boleh berusaha untuk membeli keperluan diri sendiri dan anak-anak.
Antaranya, berkerja secara bebas atau freelance, buat jualan secara atas talian (dropship) atau pemasaran affiliate.
3) Kerja atau tidak, nilai seorang ibu tetap besar
Masyarakat beranggapan ibu yang berkerjaya lebih bagus berbanding suri rumah walhal, kedua-duanya merupakan wanita hebat.
Pengorbanan yang dicurahkan sememangnya tiada tandingan, serta tidak mampu dibayar dengan wang ringgit.
4) Semua orang ada perjalanan masing-masing
Setiap wanita ada cara tersendiri dalam mengecapi kebahagiaan mereka.
Ada dalam kalangan ibu yang memilih bekerja untuk membantu keluarga malah ada juga yang berkorban cita-cita untuk menjadi suri rumah.
Kuncinya adalah sentiasa bersyukur kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
Sumber:mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|