CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 21166|Reply: 1

Dari Bangi ke Sabah, Afiqah pelopor wanita dalam dunia perlombongan emas

[Copy link]
Post time 5-3-2025 05:20 PM | Show all posts |Read mode

CERIA dan bersemangat karakternya. Siapa sangka Afiqah Ahmad Rafi mampu memecahkan streotaip terhadap kemampuan wanita khususnya dalam industri perlombongan.

Berasal dari Bangi, Selangor, gadis berusia 28 tahun itu membuktikan bahawa perbezaan jantina bukanlah penghalang untuk menempuh cabaran dan melaksanakan tugas berat dalam sektor tersebut.

Sebagai ahli geologi perlombongan khusus dalam penerokaan emas, Afiqah bukan sahaja perlu bekerja di persekitaran yang mencabar, malah turut memimpin pasukan dalam melaksanakan operasi kompleks.

Afiqah berkata, minatnya terhadap bidang geologi mula bercambah selepas terinspirasi oleh saudaranya yang bekerja sebagai geologis dan kecintaannya terhadap alam sekitar.

Keazaman itu membawanya terbang jauh untuk melanjutkan pelajaran di University of Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat sekitar 2022.

Berpegang pada prinsip bahawa batu dan mineral mempunyai rahsia menarik untuk diterokai, Afiqah lebih memilih mendalami bidang perlombongan.

Katanya, meskipun terdapat pelbagai cabaran perlu dihadapi, namun keterujaan untuk menimba ilmu baharu itu tidak dapat menepis keinginannya.

"Memang tak nafikan kerja ini penat, tetapi pada masa sama ia sangat seronok. Saya pilih perlombongan kerana dapat melihat dan sentuh pelbagai jenis batu.

"Banyak ilmu dan kemahiran alam yang boleh saya belajar apabila berada dalam bidang ini," katanya kepada Majoriti.


Saksama

Menurutnya, tindakan memuat naik video berkonsepkan pendidikan dalam akaun TikTok merupakan antara usaha memberi pendedahan tentang industri perlombongan yang juga boleh diceburi oleh kaum hawa.

Afiqah berkata, keseimbangan jantina dalam sesuatu pekerjaan adalah penting kerana ia membawa kepada kepelbagaian perspektif atau cara berfikir.

Katanya, kehadiran wanita dalam sektor perlombongan bukan sahaja dapat memperkayakan budaya kerja tetapi juga membantu mencipta persekitaran yang lebih inklusif dan progresif.

"Tetapi tetap ada cabaran, antaranya bagaimana saya nak ketengahkan idea tanpa dipandang rendah oleh lelaki atau pekerja lebih tua.

"Saya pekerja paling muda dan sudah pegang jawatan tinggi, jadi ada masa saya perlu jadi lebih tegas.

"Contohnya, kalau pergi ke hutan cari sampel batu untuk perlombongan emas, saya akan tegaskan untuk tidak buang sampah seperti rokok.

"Bagaimanapun, bukan setiap masa saya tegas, ada kalanya perlu bertolak ansur mengikut situasi untuk kelangsungan kerja bersama orang lain," jelasnya.

Sesat jumpa gaung

Bercerita lanjut, Afiqah juga pernah berdepan situasi cemas ketika melakukan operasi pencarian sampel batu di dalam hutan. Katanya, waktu adalah antara perkara paling kritikal dan sering diambil serius ketika melaksanakan penerokaan hutan.

"Saya dan pasukan juga pernah sesat sebab kebiasaan hutan yang kami teroka tiada laluan khas. Jadi, selalunya saya akan tetapkan untuk masuk ke dalam hutan seawal pagi dan keluar sebelum Maghrib.

"Tetapi, ada satu hari itu, kami tidak jumpa jalan keluar dan hanya jumpa gaung. Memang panik dan waktu itulah perlunya kemahiran dipelajari.

"Dalam keadaan tidak ada rangkaian internet itu, kita terpaksa guna alat topografi GPS canggih untuk cari jalan. Alhamdulillah kami berjaya keluar tetapi waktu sudah malam," kongsinya.

Jika diceritakan dari sudut keselamatan, ia sememangnya berisiko lebih-lebih lagi untuk wanita, namun situasi sedemikian juga mengajarnya untuk bertindak lebih rasional dan berani dalam membuat keputusan.

Sebagai ahli geologi berpengalaman lebih empat tahun dan kini berkhidmat di sebuah syarikat perlombongan emas di Sabah, Afiqah bagaimanapun tetap menggalakkan lebih ramai wanita menceburi bidang tersebut.

Afiqah juga lebih teruja untuk memilih ahli geologi wanita dalam pasukannya.

"Selalu saya memang galakkan perempuan sebab kerjaya ini masih tabu lagi. Ramai beranggapan ini kerja lelaki, tetapi sebenarnya tidak," katanya lagi.


Meskipun begitu, Afiqah tetap menyarankan agar wanita yang bekerja bidang itu untuk mempunyai perancangan tambahan.

"Saya tahu satu hari nanti saya tak boleh masuk hutan selama-lamanya kerana ada komitmen lain seperti bekerluarga.

"Jadi, mungkin 10 tahun akan datang saya akan memilih kerja dalam pejabat atau mungkin bertugas sebagai pensyarah dalam bidang geologi," ujarnya.

Afiqah pada masa sama menekankan bahawa peranan wanita dalam bidang perlombongan dan penerokaan emas perlu diperluaskan lagi di Malaysia. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2025 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.328968 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list