CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4924|Reply: 6

[Tempatan] 'Siasatan dapati tiada unsur pengabaian dalam kematian Hud' - Polis

[Copy link]
Post time 5-3-2025 12:59 PM | Show all posts |Read mode

KOTA BHARU: Polis sudah mengambil keterangan lima individu termasuk ibu bapa kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, yang ditemukan meninggal dunia Rabu lalu selepas 45 jam dilaporkan hilang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata setakat ini pihaknya membuka siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagaimanapun katanya, setakat kesemua keterangan diambil, tiada unsur pengabaian dikesan.

"Bagaimanapun siasatan kita belum ditutup dan kita akan mengambil keterangan individu lain sekiranya terdapat saksi baru dalam kes ini.

"Setakat ini mereka yang diambil keterangan adalah ibu bapa mangsa, nenek dan ibu saudaranya.

"Jika ada saksi lain yang boleh membantu kita akan mengambil keterangan lagi," katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan, polis Kelantan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian Hud Aryan kerana dibimbangi terdapat unsur kecuaian.

Ia susulan tular di TikTok yang mengatakan mustahil seorang kanak-kanak baru berusia 19 bulan boleh pergi ke sungai dalam tempoh beberapa minit sahaja

Hud Aryan yang juga anak tunggal dilaporkan hilang dari kediaman neneknya di Kampung Air Kuala Tiga.

Kehilangan Hud Aryan disedari ibunya jam 7.20 malam selepas melihat anaknya tiada di dalam rumah selain keadaan pintu rumah yang terbuka.

Hud Aryan bagaimanapun ditemukan tersangkut di pokok di tebing sungai Kampung Kerila iaitu tiga kilometer dari kediaman neneknya selepas 45 jam kanak-kanak itu dilaporkan hilang.


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2025 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak reti bela anak jangan kahwin sampai terberanak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 terpaling parenting silalah komen..pehtu bila kena kat diri sendiri jgn lupa buat kompession kt cari ni..hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuai,tapi kesian jugak la..lama tunggu nak dapat anak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 02:22 PM | Show all posts
kesian Hud. confirm syurga anakku. mesti dia panic masa lemas tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahwainnalillahirojiun

Semoga terus tabah
Ada anak kecil ni mmg tak blh leka langsung & tak blh juga terlalu yakin. Kena ada rasa khuatir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2025 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku respek dgn acik2 terpaling yg terer jaga anak memasing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.045673 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list