|
|
Menurut seorang wanita, sejak kecil dia terbiasa melewatkan sahur tetapi amalan tersebut berbeza pula selepas berkahwin.
"Keluarga mentua tak boleh terima amalan (waktu sahur) saya. Seawal 3.30 pagi mereka sudah kejutkan semua orang untuk bangun. Padahal saya sudah tetapkan penggera lebih lambat.
"Pukul 4 pagi, mak mentua datang gegar (kejut sahur) lagi, katanya dah lambat untuk bersahur.
"Masa awal-awal kahwin, saya pernah kena sound (ditegur) ayah mentua sebab tak bangun awal macam mereka," katanya.
Menurutu individu berkenaan dia cuba menjelaskan bahawa lebih baik melewatkan sahur, tetapi keluarga mentuanya tetap tidak dapat menerima cara tersebut.
Selain itu, dia turut berkongsi rutin keluarga mentuanya sepanjang Ramadan yang mula memasak lauk sahur seawal pukul 2.30 pagi.
"Saya tak faham kenapa perlu bangun awal sangat. Kalau sambung tidur selepas makan, nanti terbabas pula Subuh sebab perut dah kenyang dan jadi liat nak bangun.
"Mereka mula memasak seawal 2.30 pagi. Pukul 4.30 pagi, dapur sudah bersih dan semua orang tak boleh makan atau minum selepas itu.
"Ayah mentua akan mengaji sampai Subuh, manakala mak mentua akan tidur selepas mengemas dapur hingga masuk waktu Subuh. Terbalik dengan keluarga saya," ujarnya lagi.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman dan pendapat mereka mengenai waktu sahur.
Rata-ratanya menyatakan rasa hairan dengan jadual bersahur yang dianggap tidak begitu praktikal kerana perlu bangun terlalu awal.
Untuk makluman, amalan Rasulullah SAW dan para sahabat adalah melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka.
Di Malaysia, kebanyakan individu bersahur sekitar pukul 5 pagi mengikut waktu Imsak bagi negeri masing-masing.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|