CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31735|Reply: 9

Elak anjing melintas, Pesara tentera maut dilanggar kereta

[Copy link]
Post time 28-2-2025 11:15 PM | Show all posts |Read mode





KLUANG – Seorang lelaki warga emas yang juga pesara tentera maut selepas bertarung nyawa hampir tiga jam ketika mendapatkan rawatan setelah terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan, semalam.


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian pukul 10.28 pagi di Kilometer 86, Jalan Kota Tinggi – Kluang itu melibatkan Hassenol Ahmad, 64, yang menunggang motosikal Suzuki Shogun 125 dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 28 tahun.


Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika warga emas itu dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi ke bandar Kluang, manakala Toyota Hilux dari arah bertentangan.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, seekor anjing dikatakan melintas jalan secara tiba-tiba menyebabkan pemandu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan ketika cuba mengelak binatang itu.


“Akibat daripada itu, Toyota Hilux melanggar motosikal ditunggang mangsa sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan parah cedera di bahagian kepala dan badan serta dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk rawatan,” katanya melalui kenyataan hari ini.


Menurut Bahrin lagi, kira-kira pukul 1.30 tengah hari iaitu hari yang sama, anak mangsa hadir ke kaunter aduan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan melaporkan bapanya telah meninggal dunia semasa dirawat di HEBHK.


Sementara pemandu Toyota Hilux yang berusia 28 tahun dan beralamat di Simpang Renggam katanya, sakit di bahagian dada dan mendapat rawatan di klinik swasta.


“Pemandu tersebut telah ditangkap untuk siasatan lanjut. Hasil pemeriksaan ujian air kencing mendapatiya negatif dadah. Pemandu tersebut akan dipohon tahanan reman di mahkamah untuk siasatan lanjut,” ujarnya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2025 08:26 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Jalan situ bukan takat anjing je kan..memacam binatang muncul..takut meols lalu situ
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 1-3-2025 08:42 AM

My husband selalu pesan kalau tiba2 haiwan melintas langgar je dr elak lepas tu jadi macam ni.

Edit sikit: haiwan2 kecil la jgn lak gajah ke wombat pun kau bantal langgar gak.  Tu mmg naya lah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 1-3-2025 08:38 AM
My husband selalu pesan kalau tiba2 haiwan melintas langgar je dr elak lepas tu jadi macam ni.

Edi ...

Panik kut uols..bila panik ni apa pun leh jadi
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 1-3-2025 08:53 AM
pocongkiutss replied at 1-3-2025 08:47 AM
Panik kut uols..bila panik ni apa pun leh jadi


Ha ah betul tu sbb panik.

Just nak ckp la since my husband ckp gitu many years ago, so far iols dah TER okok terlanggar monyet, burung dan anjing.  Tp anjing kepala keras patah gak grill.  Paling sadis monyet, iols dah berenti nak kasi dia jalan tunggu dia tak bergerak tepi jalan tu so iols gerak dia pun gerak.  Mmm mendapatlah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2025 09:11 AM | Show all posts
Kenapa tidak langgar aje anjing? Tak fikir ke nyawa manusia lain?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak 28 tahun, ada sengal2 gak tegar pak, gak tegar pak, gak tegar..  pommmm maaf terlangger pak, maaf ketabrak pak gak tegar tadi pak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2025 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 1-3-2025 08:38 AM
My husband selalu pesan kalau tiba2 haiwan melintas langgar je dr elak lepas tu jadi macam ni.

Edi ...

Iols pernah langgar biawak..
Adoi ingatkan bonggol tau
Tapi habis cover kat tayar tu hancur...daun pisang org panggil...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2025 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon the arrow Msia kembali beraksi..panah balik menate2 liar yg berkeliaran....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.394960 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list