|
Di sebalik kejayaan lagu Angkat, penyanyi Mimi Fly rupanya berdepan situasi sukar untuk berkreativiti atau creative block yang membuatkan dia mengambil keputusan menyepi selama empat tahun.
Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 39, memberitahu sepanjang tempoh itu dia seolah-olah kehilangan identiti diri.
"Saya pernah rasa creative block itu, buat tidak menjadi dan kemudian tertekan. Rasa seperti sebahagian dari jiwa saya hilang.
"Selama empat tahun saya mencuba menulis lirik, tak jadi. Rasa bodoh dan kosong... macam tiada isi.
"Cara pemikiran jadi lain, tak ada ketenangan tapi sekarang Alhamdulillah," katanya kepada mStar.
Menurut Mimi, ilham terhasilnya Angkat ini hadir selepas dia hampir berputus asa dalam menulis lagu.
"Saya dah mengalah sampailah dia datang sendiri. Saya buat lagu ini ibarat yang terakhir kali sebenarnya untuk kembali menulis lagu.
"Sepanjang tahun 2024 lalu, saya hanya menulis lagu ini selain sibuk dengan urusan harian lain sebagai cikgu penari.
"Bila dapat ilham semula ini barulah saya dapat umumkan yang saya kembali aktif," ujarnya.
Teruja dapat kembali aktif dalam dunia seni, Mimi memberitahu dia sedang merancang untuk mengeluarkan beberapa lagu lain.
Pun begitu, dia tidak mempunyai tarikh tertentu kerana ingin memberi kejutan kepada peminat.
Justeru itu, dia berharap agar ilhamnya terus mengalir tanpa henti kerana pernah terseksa berdepan pengalaman sebelum ini.
"Saya punya harapan ketika ini agar hati dan minda saya terbuka luas dalam menerima ilham. Itu sahaja saya harapkan sekarang ini," luahnya.
Sejak dilancarkan pada Disember tahun lalu, lagu Angkat berjaya menambat hati ramai dengan meraih lebih 2 juta pendengar menerusi saluran YouTube.
Sekadar info, creative block adalah situasi minda tersekat dan tiada inspirasi untuk menghasilkan sesuatu karya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|