CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11280|Reply: 10

Johor Darul Ta'zim (JDT) kekal mendominasi Liga Super, sampai bila kelab lain nak melopong je?

[Copy link]
Post time 26-2-2025 08:41 AM | Show all posts |Read mode






Keberhasilan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Liga Super sekali lagi menyaksikan pasukan-pasukan lain terpaksa menerima hakikat bahawa mereka masih gagal merampas gelaran domestik tertinggi negara ini, dengan JDT mengekalkan penguasaannya untuk tahun ke-11 berturut-turut.


Dominasi JDT dalam kancah bola sepak tempatan semakin sukar untuk digugat. Kejayaan mereka menjuarai Liga Super musim ini tercipta selepas kemenangan 2-0 ke atas Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Isnin. Walaupun terdapat empat perlawanan lagi sebelum saingan liga berakhir, ia tidak menghalang skuad Harimau Selatan untuk merangkul kejuaraan lebih awal, tanpa cabaran serius daripada pasukan lain.


Ini bukan kali pertama JDT menamatkan saingan liga lebih awal, dengan rekod yang sama pernah tercatat pada tahun 2016, 2017, 2018, 2019, dan 2022. Kejayaan ini jelas menunjukkan keunggulan Harimau Selatan di pentas domestik, serta kemampuan mereka untuk merangkul kejuaraan dalam pelbagai pertandingan seperti Piala Sumbangsih, Piala FA, dan Piala Malaysia.


Lantaran itu, persoalan tentang sampai bila dominasi JDT akan bertahan dan sama ada ada pasukan lain yang mampu mencabar mereka terus berlegar. Jawapan kepada persoalan ini sudah sering diberikan, baik oleh pemerhati sukan mahupun peminat bola sepak, yang hampir pasti meramalkan bahawa penguasaan JDT akan berterusan sekurang-kurangnya untuk tempoh yang panjang.


Tiada alasan lain bagi pasukan-pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) selain mencari cara untuk menumbangkan 'keegoan' JDT, dan membuka peluang bagi Liga Super melahirkan juara baharu. Walaupun kekuatan kewangan menjadi antara faktor utama yang membantu JDT mengekalkan dominasi, terdapat beberapa elemen yang boleh dicontohi oleh pasukan lain, terutamanya dalam membentuk pengurusan kelab yang profesional, memiliki strategi jangka panjang, serta fokus yang bukan hanya pada satu musim sahaja.


Pasukan-pasukan perlu berusaha gigih menarik tajaan lumayan dan membelanjakan setiap ringgit dengan bijak. Selain itu, mendapatkan pemain-pemain berkualiti tinggi dan barisan pengurusan yang terbaik adalah amat penting.


Melihat kepada beberapa pasukan dalam Liga Super, seperti Selangor, yang memiliki kewangan kukuh, namun masih belum mampu mencabar JDT, usaha mereka untuk menyaingi Harimau Selatan pasti akan mengambil masa. Namun, usaha tersebut perlu diiringi dengan penambahbaikan dalam struktur pasukan serta pembangunan DNA bola sepak yang serupa dengan apa yang dilakukan oleh JDT.


Meskipun JDT terus mendominasi, kita berharap agar pasukan lain akan terus berusaha memperbaiki segala kelemahan mereka dan bergerak ke hadapan untuk mencabar penguasaan JDT pada masa hadapan.


Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2025 11:07 AM | Show all posts
Takleh lawan kuasa $$$$. Ada, beli player world class. Takda, player tempatan je. Tu pun bukan top player tempatan. Top player tempatan, duduk recaro kira $$$
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu punya lojik kalau ko lari laju sampai dia tak boleh kejar, ko kena kecam. Macam2 teori keluar.

Tidak pun tuduh referee kena beli.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai kelab bola lain dpt taja dri kelab2 judi mcm jd* dpt dri forest cit* kannnnn..mudahhhh nk beli player dan sgala galanya mudah dgn duittttttt
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 12:03 PM | Show all posts
jgn kata ada player import byk....pengadil pun depa beli....tak leh nak kata apo daahhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang dah bertahun² harap ada pasukan lain yg boleh bg cabaran kat jdt. Barulah dunia bolasepak tmptn lebih menarik tapi takde pulak yg sanggup taja mewah kecuali judi, rokok, arak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2025 02:30 PM | Show all posts
ia akan berlaku hgga kiamat....sepatutnya pasukan2 lain tu keluar je dari FAM/MFL. Buat liga sendiri. X payah pikir nak wakil negara pun. biar main sebagai 'sukan rakyat'. rugi duit je klu tiap tahun nak kejar naib juara. biar JDT sahaja keseorangan dengan FAM/MFL.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai abang jamil mampus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2025 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyokong jdt mcm walanon benak ubi...bila cakap jdt naik sebab duit diorg kata ada duit tapi pengurusan fail pun x leh jadi mcm jdt...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 28-2-2025 06:06 PM

Whatever ler
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi kelab2/negeri2 lain mempunyai dana setanding jdt. Kalo tak, ada player mantap pun kena beli dgn jdt utk letak kat bangku simpanan. Sbb jdt keluarkan player import utk main atas padang.

Tak boleh nak blame player la sbb dok kat bangku simpanan pun gaji lebat berbanding stay kat kelab/negeri asal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.539765 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list