CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11230|Reply: 2

Malaysia Menduduki Tempat Ke-36 dalam Indeks Kuasa Lembut Global 2025

[Copy link]
Post time 26-2-2025 07:51 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Malaysia kini berada di kedudukan ke-36 dalam Global Soft Power Index 2025, dengan skor 46.1 daripada 100, menurut laporan oleh perunding penilaian jenama terkemuka, Brand Finance.


Kedudukan terbaru ini mencerminkan kemajuan Malaysia dalam aspek penting seperti Rakyat dan Nilai, Tadbir Urus, serta Pendidikan dan Sains, yang sekaligus meningkatkan pengaruh negara di peringkat global.


Satu lagi pencapaian penting adalah peningkatan kedudukan Malaysia ke tempat ke-12 dalam atribut Future Growth Potential, melonjak tujuh anak tangga berbanding tahun sebelumnya. Kenaikan ini didorong oleh prospek ekonomi yang positif dan peranan negara yang semakin berkembang dalam perniagaan serta perdagangan global.


Malaysia juga mencatatkan peningkatan signifikan dalam tonggak Rakyat dan Nilai, yang naik tujuh anak tangga ke kedudukan ke-32.


Selain itu, dalam kategori Rakyat Mesra, Malaysia meningkat sebanyak 11 anak tangga ke kedudukan ke-25. Ini menunjukkan pengiktirafan antarabangsa terhadap keramahan dan layanan mesra rakyat Malaysia. Reputasi negara dalam aspek kebolehpercayaan turut mencatatkan peningkatan, kini berada di kedudukan ke-30 di peringkat global.


Alex Haigh, Pengarah Urusan Brand Finance Asia Pasifik, berkata peningkatan kedudukan Malaysia dalam indeks ini menunjukkan status negara yang semakin berkembang sebagai negara berpengaruh di arena antarabangsa.


"Keberhasilan yang signifikan negara dalam tonggak penting seperti Tadbir Urus dan Pendidikan dan Sains menggambarkan penjajaran strategik Malaysia dengan perubahan ekonomi dan geopolitik dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.


Haigh menambah bahawa dengan komitmen terhadap tadbir urus yang telus, peningkatan piawaian etika, dan sistem pendidikan yang lebih kukuh, Malaysia kini berada pada kedudukan yang semakin kukuh sebagai hab inovasi dan pertumbuhan jangka panjang di pentas global.


Dalam aspek tadbir urus, Malaysia menduduki tempat ke-35, mencatatkan peningkatan dalam atribut High Ethical Standards and Low Corruption, di tangga ke-29.


Sumber : Berita Harian


Peningkatan ini menggambarkan komitmen negara untuk memperkukuhkan amalan tadbir urus yang telus dan beretika, walaupun dalam menghadapi cabaran global.


Sementara itu, sistem pendidikan Malaysia juga mencatatkan kemajuan yang memberangsangkan, naik 11 anak tangga ke kedudukan ke-30, mengukuhkan usaha negara dalam memperbaiki infrastruktur pendidikan dan kecemerlangan akademik.


Global Soft Power Index disusun oleh Brand Finance berdasarkan maklum balas lebih daripada 170,000 peserta dari lebih 100 negara. Indeks ini menilai persepsi 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui 55 metrik yang berbeza, menyediakan penanda aras untuk menilai pengaruh negara berdasarkan daya tarikan dan keyakinan, berbanding paksaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2025 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Soft power ni amender?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 02:34 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 26-2-2025 04:27 PM

Apakah ini Pestasi yang Maha Hebat dan Patut dibanggakan  serta dipropagandakan dan disombongkan ke seluruh dunia ?

Output "APA SAJA" yang sudah dihasilkan dalam upaya memperbaiki infrastruktur pendidikan dan kecemerlangan akademikdi MalayDesh:

1. Majority menderita WAHAM ... Hidup dalam dunia MIMPI menjadi korban Mithologi, Dongeng dan Propaganda yang penuh kebohongan dan kepalsuan..

2. Merasa sebagai MAHAWANGSA dan Penguat Kuasa ALAM MELAYU  yang Maha Hebat, Maha Kuat dan Maha Besar serta Maha Suchi dan Maha Mulia

3. Klaim sebagai Bani Tamim dan Anak Cucu Keturunan Nabi Ibrahim dan Keturah

4.  Klaim sebagai Pengasas Tamadun dan Bahasa Melayu yang sudah Mendunia

5.  Melakukan PolitikPerkauman, Racism, Apartheid, Discrimination  untuk mempertahankan klaim status sebagai Bangsa yang Paling Istimewa di Alam Semesta
6. Etc Etc








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.126006 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list