View: 11281|Reply: 0
|
Perhimpunan di Menara Kinabalu, PDRM Akur Keputusan AGC Untuk Tidak Meneruskan Pertuduhan Terhadap Peserta
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) yang memutuskan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap individu yang terlibat dalam perhimpunan tanpa notis kebenaran di hadapan Menara Kinabalu, Likas, Sabah pada 31 Disember lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menyatakan bahawa dua kertas siasatan berhubung kes tersebut telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Sabah pada 10 Februari lalu.
"Hari ini, AGC membuat keputusan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap kedua-dua penganjur perhimpunan tersebut. PDRM akur dan menghormati keputusan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, pihak polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan yang berlangsung di hadapan persimpangan keluar Jalan PPNS 1 di pusat pentadbiran negeri Sabah.
Perhimpunan tersebut melibatkan dua pihak yang menyokong dan menentang pelantikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana kegagalan untuk menghantar notis pemberitahuan yang lengkap kepada pihak polis.
Razarudin berkata, polis telah menjalankan siasatan secara adil dan saksama mengikut peruntukan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah dan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
"Keputusan sama ada untuk memulakan, meneruskan atau memberhentikan prosiding adalah terletak di bawah bidang kuasa Peguam Negara," jelasnya.
Tambahnya, kerajaan juga telah memutuskan untuk meminda dan memperbaiki Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) bagi memastikan ia selaras dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Media melaporkan hari ini bahawa AGC memutuskan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap individu yang terlibat dalam perhimpunan tanpa notis kebenaran di hadapan Menara Kinabalu, Likas, pada 31 Disember lalu. Keputusan ini diambil selepas pemeriksaan semula dilakukan terhadap kes yang disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Menurut kenyataan AGC hari ini, prosiding terhadap individu tersebut dihentikan selaras dengan Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.
Pada Disember lalu, sekitar 200 peserta perhimpunan Gempur Rasuah Sabah anjuran Suara Mahasiswa berkumpul di hadapan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum berarak ke Menara Kinabalu.
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
| |
|