CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 32934|Reply: 0

Sehari 4 bungkus- isteri dah 20 tahun hadap suami ketagih ketum

[Copy link]
Post time 24-2-2025 09:40 PM | Show all posts |Read mode


Seorang wanita mengakui menderita berkahwin dengan lelaki ketagih ketum secara melampau.

"Dia sanggup berhutang kerana ketum, dalam sehari minum hingga empat bungkus selama lebih kurang 20 tahun sebelum kami berkahwin.

"Keadaan fizikal dia disebabkan ketum sampai dah kurus cengkung dgn kadang-kadang dia jadi sawan tarik," kongsinya.

Wanita itu mendedahkan dia mengetahui tentang ketagihan suaminya itu selepas mengandung anak pertama di usia kandungan tiga bulan.

"Hutang ketum sebulan boleh cecah RM1,000 ke atas dengan gaji dia yang minimum saja. Saya bekerja dan gaji lebih dari dia.

"Bila berhutang dia akan merayu minta mak dia atau saya tolong bayar dan benda ni jadi tekanan dalam rumah tangga.

"Famili dia pun dah banyak nasihat macam-macam tapi tak jalan," katanya.

Tambahnya, dia pernah menghubungi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memasukkan suaminya ke pusat serenti tetapi tidak boleh kerana ketum dianggap bukan dadah.

"Baik buruk dia ayah kepada anak saya dan saya sendiri masih sayang sampai ikhtiar ke klinik untuk berubat.

"Suami saya memang baik dan tertib tapi dia tetap tak nak tinggal benda tu," katanya yang berkongsi kisah itu bagi melegakan tekanan.

Rata-rata netizen bersimpati dengan wanita itu dan menyarankan dia mencari rawatan terbaik untuk suaminya.

"Ada klinik menyediakn bantuan kaunseling dan metadon dan perlu daftar sebagai pengguna cuma suami puan perlu ikhlas untuk berubah.

"Perlu jauhi geng lepak minum sama-sama tu. Kadang bila dah berhenti kawan ajak jadi ego lelaki rasa tercabar.

"Puan cari Klinik Pusat Pemulihan Dr Mahmud, jumpa doktor di klinik tu dan dia akan bagi ubat dan cara berhenti ketum," saran netizen.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.058169 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list