CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11994|Reply: 0

Ibu tergamak dera anak sendiri gara-gara nak korek rahsia siapa kekasih baharu bekas suami

[Copy link]
Post time 23-2-2025 08:24 PM | Show all posts |Read mode


Ikatan perkahwinan yang terlerai dengan penceraian tidak bererti hubungan bekas pasangan suami isteri itu juga turut berakhir.

Jika mereka mempunyai anak, masing-masing perlu menjaga hubungan baik dan memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Kebiasaanya selepas berlaku penceraian kita sering mendengar kisah bapa culas terhadap nafkah anak.

Namun berbeza dengan lelaki ini apabila dia dilarang oleh bekas isteri untuk mendekati anaknya sendiri.

Pertikaian utama pasangan bercerai adalah hak penjagaan anak. -Gambar hiasanPertikaian utama pasangan bercerai adalah hak penjagaan anak. -Gambar hiasan

Lebih memburukkan keadaan, anak-anaknya pula didera bukan sahaja oleh si ibu tetapi juga keluarga bekas mentua.

"Baru sebulan saya dapati kaki anak kena seterika panas dan muka anak juga dilempang oleh abang kandung bekas isteri di rumah keluarga mereka.

"Bukan itu sahaja, bekas isteri turut merotan anak-anak semata-mata untuk korek rahsia siapa teman wanita baru saya," luahnya di media sosial.

Jelas lelaki itu lagi, anak-anak juga mengadu kepadanya bahawa makanan mereka pada waktu malam turut dicatu oleh keluarga bekas mentua.

"Waktu penghakiman bekas isteri kata dia sediakan satu telefon supaya saya boleh hubungi anak-anak tetapi setiap kali call tak dapat.

"Dia letak syarat nak call hanya pukul 8.30 malam hingga 8.45 malam saja dua minggu sekali. Sedangkan perkara tersebut tiada dalam perintah mahkamah.

"Saya belikan anak telefon untuk mudah saya hubungi, tapi bekas isteri ambil dan pecahkan telefon tu," katanya.

Tambahnya, bekas isteri turut membuatkan urusannya untuk bertemu dan mengambil anak-anak menjadi sukar.

"Dia melarang anak-anak tidak boleh datang ke rumah saya ketika cuti sekolah, musim perayaan dan waktu melawat anak-anak juga bekas isteri melarang saya untuk berjumpa.

"Apa yang menghairankan saya campur tangan pihak ketiga melibatkan mentua mengatakan saya gila, tak bekerja dan sebagainya," katanya.

Jelas lelaki itu, perkongsian itu bertujuan mendapatkan pandangan ramai agar dia dapat bertemu semula anak-anaknya.

Seorang peguam menasihatkan lelaki berkenaan supaya memfailkan semula kes agar hak penjagaan diberikan kepada si bapa.

"Kalau bekas isteri langgar perintah, tuan boleh cuba untuk failkan ubah perintah. Kesian anak tu kalau ada unsur penderaan atau penganiayaan," katanya.

Lelaki itu memaklumkan dia sudah membuat laporan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana isu penderaan.

"Tuan boleh failkan juga untuk ubah perintah di mahkamah dengan laporan JKM dan polis tu boleh untuk bantu kes tuan," kata peguam berkenaan.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.035966 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list