Tampil dengan imej elegan dan berani, Shiha memberitahu dalam muzik video itu dia berjaya menampilkan sisi berbeza.
Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 37, berkata dia seronok dapat mencuba sesuatu baharu termasuk membawa watak sebagai 'Bond Girl'.
“Watak ala Bond Girl itu adalah hasil idea daripada Arul, saya suka tetapi hanya untuk muzik video Ulang itu saja.
“Kalau untuk lakonan, saya sebenarnya teringin cuba watak air mata yang boleh meninggalkan impak kepada penonton.
"Saya mahu lakonkan watak yang boleh buat orang menangis pula, harap ada rezeki suatu hari nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Shiha berkata lagu Ulang merupakan hadiah persahabatan buat Kay selepas memiliki syarikat rakaman sendiri.
Bukan hanya itu, suara Kay juga dikatakan sesuai untuk membawa lagu berkenaan yang kedengaran seksi dan segar.
Karya tersebut digubah serta ditulis sepenuhnya oleh Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan John Jeeves.
“Apabila saya sudah ada syarikat rakaman dan pengurusan sendiri seperti sekarang, kenapa tidak saya hadiahkan Kay satu lagu yang dia suka.
"Dan untuk mencipta memori dengan seorang sahabat, saya pun berduet sama dengannya,”luahnya.
Sumber: mStar