CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13437|Reply: 9

Tak sampai hati tengok pakcik tua menjaja meja ke meja, wanita borong 3 bungkus keropok... Lepas 5 minit hilang rasa simpati! - "Hebat taktik mereka ni"

[Copy link]
Post time 11-2-2025 10:03 AM | Show all posts |Read mode



MENCARI rezeki dari meja ke meja di kedai makan menjadi modus operandi bagi segelintir peniaga untuk melariskan jualan.

Mereka bukan sahaja melakukannya untuk mengisi perut sendiri, bahkan menyara kehidupan sekeluarga terutamanya anak-anak.

Kehadiran peniaga-peniaga ini tentunya meraih perhatian para pelanggan di kedai makan yang turut bersimpati dengan cara mereka menjual.

Apatah lagi kata-kata yang dikeluarkan mengundang sebak, sedikit-sebanyak melembutkan hati pelanggan untuk membeli.

"Tengah duduk santai-santai sarapan kat warung, datang seorang pakcik tua dengan berkopiah putih.

"Dia bawa keropok tiga bungkus, ayatnya macam ni... beli keropok nak? Satu bungkus RM4, ambil tiga bungkus RM10, tinggal tiga bungkus ni je lagi," kata seorang wanita mengimbas kembali kisah dilaluinya di sebuah kedai makan.

Wanita itu mengakui dia mudah bersimpati apatah lagi melibatkan orang tua, justeru dia tampil menjadi pelanggan terakhir kepada penjual keropok berkenaan.

"Saya ni memang mudah kasihan dengan orang tua yang berniaga macam tu. Jadi, saya pun beli tiga bungkus (keropok) tadi sebab dengar dia cakap itu last.

"Dalam fikiran saya, kalau saya beli semua mesti pakcik tu boleh balik awal. Selepas dah bayar, pakcik tu keluar dari kedai tu," ujarnya.

Namun kurang lima minit peniaga tadi dilihat masuk semula di kedai terbabit.

Alangkah terkejutnya wanita itu apabila melihat lelaki yang sama masuk sambil membawa tiga bungkus keropok.

"Pakcik tu masuk semula bawa tiga bungkus lagi keropok yang sama. Masa ni dah tak tahu nak rasa apa tapi pujuk hati niat sedekah je la. Nanti tak ikhlas, jadi lain pula.

"Hebat taktik mereka ni, kita ni sudahlah jenis mudah kasihan terutama tengok orang-orang tua. Tapi tak sangka orang yang kita kasihankan itulah banyak scam," katanya.

Cuba bersangka baik, wanita itu mengakui strategi pemasaran yang dilakukan penjual keropok itu dilihat berhasil.

"Strategi pemasaran yang berkesan. Niat saya memang nak beli dan nak tolong dia habiskan, sebab dia cakap tu tiga bungkus terakhir.

"Tapi itulah, saya pun macam tak apalah. Rezeki dia, semoga pakcik tu pun doakan rezeki saya tak putus-putus," ceritanya lagi.

Sumber –  mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2025 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki aku pernah beli dkt makcik jual keropok dkt dpn atm maybank. Masa tgh pilih keropok, anak makcik dkt sebelah tu hulur phone dkt maknya sbb ada org call.. Nah, henpon iphone baru kaoo..

Aku ckp dkt laki aku, percaya sgtlah depa tu miskin.. Pakaian compang camping comot tu uniform je tau lol
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 11:20 AM | Show all posts
Aku pun dah tak nak kesian kat semua ni. Mereka ni ada orang remote control dari somewhere.
Dulu ada budak laki kecik 7/8 tahun kadang-kadang niaga kat kawasan rumah aku. Bawa 3 raga isi roti sampai senget badan budak tu. Mak atau ayahnya monitor dari dalam kereta agaknya. Modalnya di sini adalah 'sedih'.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Last ai donate hat geng2 ni masa belasan tahun dulu..lepas kantoi pakcik tu sbnrnya xkudung n xde sapa kacau dia minta sedekah tepi jambatan mmg ai dh xcaya dh..semua ada sindiket..JKM PBT semua yang tutup mata tu nnt menjawab la kat akhirat sana
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lazimnya kita akan rasa nak tolong sebab org tua/kanak2 la kesian kt dorang. Tapi makpak dorang gak manipulate kanak2 ni suruh meniaga. Ada yg iols kesian beli kt stesen minyak, tanya budak tu mana mak dia, dia tunjuk la kt tepi tu kt moto. Nampak la, tapi ikhlas kan jela sebab memang nampak agak sederhana budak tu dan maknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sorry la start tahun 2025 ni mmg aku langsung dah takde nak kesian2 mcm ni
sbb byk sgt yg menipu

baru2 ni datang sorang budak muda
jual buku surah Yasin
beria la dia kata ni rezeki abang la blh berbuat kebaikan bla bla...
aku kata tak berminat terus dia diam pastu blah

tp klu dulu mesti aku terus beli tu kekonon nak membantu
mujur la forum ni byk membantu merubah cara aku berpikir


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2025 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg kopok tu goreng sendiri le noks.. bukan susah pun..  ulam suara.. pakcik kopoks tempat iols depan bsn aritu naik hilux
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Same je mane2 peniaga online menjual.. taktik tinggal lagi 2 terakhir je lepasni kite tak restock dh... Zappp ade je padahal... Mcm jofliam pn same.. taktik die stiap kali ambik order, die kate ini last la sy ambik order pizza . Lepasni sy dh xlarat nk cuti lama.. eh next week die ambik order lahi ayat pn same.. last dah ni sy ambik order pizza . Hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 09:02 AM | Show all posts
memang tak pernah beli dah, kecuali kalau nampak kerepek sambal tu

sebab macam susah nak cari sekarang

kalau jenis keropok lekor tu, bolayan sajor
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2025 01:34 PM | Show all posts
tak tahu nak kesian ke tak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.170997 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list