View: 9518|Reply: 12
|
LBS rekod PATMI RM240 juta, tertinggi dalam 11 tahun
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, LBS Bina Group Berhad (LBS) mengumumkan keputusan kewangan tidak diaudit bagi tahun penuh berakhir pada 31 Disember 2024, yang mana dengan keuntungan selepas cukai dan kepentingan bukan kawalan (PATMI) daripada operasi berterusannya merekodkan RM240.2 juta, iaitu jumlah tertinggi dalam tempoh 11 tahun.
Nilai berkenaan adalah 63.5 peratus lebih tinggi berbanding RM146.9 juta yang dicapai pada tahun sebelumnya, dipacu oleh penyusunan strategik dan penambahbaikan portfolio, termasuk pelupusan pelaburan dalam Zhuhai International Circuit Limited (ZIC).
Pelupusan berkenaan, bertujuan untuk membuka nilai terpendam menghasilkan keuntungan selepas cukai sekitar RM156 juta, mengukuhkan prestasi kewangan LBS dengan ketara.
Selain itu, kecekapan operasi yang dipertingkatkan turut menyumbang kepada prestasi keseluruhan Kumpulan, disokong oleh fokus berterusan terhadap langkah-langkah pengurusan kos bagi memastikan pertumbuhan dan kestabilan kewangan.
Ia menghasilkan peningkatan 14.3 peratus dalam keuntungan selepas cukai bagi segmen pembangunan hartanah LBS kepada RM171.6 juta, berbanding RM150.2 juta pada tahun 2023.
Pendapatan pula berjumlah RM1.43 bilion, sebahagian besarnya diperoleh daripada segmen pembangunan hartanah yang menyumbang RM1.37 bilion, atau 95.6 peratus daripada jumlah pendapatan tahun kewangan 2024.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dr. Lim Hock San berkata, prestasi kukuh itu disokong oleh jumlah jualan hartanah sebanyak RM1.3 bilion sepanjang tahun lalu, yang didorong oleh kejayaan projek di Lembah Klang, khususnya KITA @ Cybersouth, Alam Perdana Central Hub dan Idaman Melur.
“Melangkah ke hadapan, kami mengekalkan prospek yang optimis namun berwaspada.
“Strategi penyusunan semula melalui pelupusan ZIC telah membolehkan kami menumpukan perhatian kepada keupayaan teras, sekali gus mengukuhkan kedudukan kewangan Kumpulan secara signifikan.
“Langkah ini telah menjana rizab modal kukuh dan memberikan fleksibiliti kepada Kumpulan untuk meneroka pelaburan atau pemerolehan baharu bernilai tinggi serta memberi ganjaran kepada pemegang saham.
“Dengan jualan yang belum dibil sebanyak RM1.68 bilion serta peningkatan jualan projek baharu Centrum Iris, Kumpulan yakin projek-projek ini akan terus mengukuhkan kedudukan LBS sebagai pemaju hartanah terkemuka serta menyumbang kepada kejayaan berterusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
LBS baru-baru ini memperkenalkan Strategi 8 x 8, sebuah pelan hala tuju korporat tiga tahun dari 2025 hingga 2027.
Ia menegaskan komitmen Kumpulan untuk melaksanakan rangkaian projek pembangunan dengan nilai berjumlah RM8 bilion, sekali gus memanfaatkan bank tanah seluas 3,745 ekar.
Sebagai sebahagian daripada pelan tersebut, Centrum Iris, presint kedua Cameron Centrum dan pembangunan komersial bercampur terbesar di Cameron Highlands telah dilancarkan pada Januari lepas dengan Pensijilan ‘GreenRE Silver’, mencerminkan komitmen LBS terhadap kelestarian hijau.
Dengan unjuran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM472 juta, Centrum Iris dijangka mentransformasikan landskap komersial kawasan tersebut serta mengukuhkan kedudukan LBS dalam pasaran hartanah.
Selain itu, LBS baru-baru ini turut berjaya menerbitkan tranche kedua ASEAN Social SRI Sukuk Wakalah, mengumpul RM400 juta bagi membiayai projek pembangunan akan datang.
Dana berkenaan akan memberi tumpuan kepada inisiatif perumahan mampu milik, program pembangunan komuniti serta projek yang memperkukuh kelestarian.
Sumber: – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysian chaebol :-)
Bab meniaga ni bagi la kat bangsa depa kan ~ orang kita govt bantu buat projek lembu jutaaan .. seekor lembu tak nampak batang idung pun! orang tu rilex rilex tak masuk penjara. Gitu jugak yg govt bantu juta juta utk bisness baju .. sampai sekarang laki bini tu elok jer idup macam tak ada salah langsung.
|
|
|
|
|
|
|
|
LBS paling hauk .. umah siap kelam kabut....infra lain kelaut..buat jalan dari 2 tahun dah 5 tahun camtuuuu jugak....
hamjad sgttt
kesian pada pembeli..berhati2 laa yer.. walaupun aku bukan pembeli hauk lbs ni.. tp dia menyusahkan semua org...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tom2 at 23-2-2025 04:59 PM
Kalau nampak je nama LBS, memang akan cakap NEXT.... Xkan beli rumah dari LBS. |
|
|
|
|
|
|
|
Maap ckp la, kenapa takde org bukak thread psl isu RUU Pembaharuan Bandar tu? Aku rasa RUU tu sgt disturbing kot. Nak rampas tanah bernilai tinggi walaupun pemilik tak setuju atas alasan nak membangunkan kawasan setinggan di bandar. Dgn adanye RUU tu pemaju mcm LBS ni boleh mintak pd kerajaan utk buat pengambilan tanah mana yg diorg rasa strategik utk buat rumah mahal2. Lama kelamaan harga rumah kt bandar jadi harga tercekik dah takde dah harga mampu milik. |
|
|
|
|
|
|
|
LBS ni jelmaan semula talam corporation... 
Payung kuinin darul ehsan |
|
|
|
|
|
|
|
LBS ni ke pemaju dkt puncak alam yg jem teruk sangat tu?
Katanya pelebaran jalan yg tak siap2  |
|
|
|
|
|
|
|
akies replied at 23-2-2025 11:36 PM
LBS ni ke pemaju dkt puncak alam yg jem teruk sangat tu?
Katanya pelebaran jalan yg tak siap2
@dino selaku wakil rakyat kawasan berkenaan mungkin boleh berikan sepatah dua kata  |
|
|
|
|
|
|
|
Naftalena replied at 24-2-2025 02:56 PM
@dino selaku wakil rakyat kawasan berkenaan mungkin boleh berikan sepatah dua kata
eh2 haha
|
|
|
|
|
|
|
|
akies replied at 23-2-2025 11:36 PM
LBS ni ke pemaju dkt puncak alam yg jem teruk sangat tu?
Katanya pelebaran jalan yg tak siap2
iya tak siap2 dari tahun 2020, lbs jugak yg rosakkan kabel unifi tak ngaku
lbs tu kebal sbb backup die mbi.. ade kabel haha |
|
|
|
|
|
|
|
tom2 replied at 23-2-2025 04:58 PM
Kalau nampak je nama LBS, memang akan cakap NEXT.... Xkan beli rumah dari LBS.
masa sy beli mmg tak tahu.. sbb tgk agen promote top 10 developer terbaik tuh. projek cepat siap haha |
|
|
|
|
|
|
|
dino replied at 24-2-2025 03:46 PM
iya tak siap2 dari tahun 2020, lbs jugak yg rosakkan kabel unifi tak ngaku
lbs tu kebal sbb back ...
Patut arr ..kabel baik punya |
|
|
|
|
|
|
| |
|