CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27775|Reply: 2

[Tempatan] Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - Kementerian Pendidikan (KPM)

[Copy link]
Post time 17-2-2025 11:33 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.

KPM dalam kenyataan memaklumkan bahawa sekolah sesi pagi akan beroperasi seperti biasa.

"Sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan beroperasi seperti biasa pada Ramadan seperti tahun sebelum ini berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2022 yang sedang diguna pakai," katanya.

"KPM mengambil serius hantaran tidak bertanggungjawab yang cuba ditularkan oleh sesetengah pihak dalam laman media sosial berkenaan pengoperasian sekolah dalam bulan Ramadan pada tahun ini," menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan bagi memastikan pengoperasian sekolah berjalan lancar, sesi petang ditetapkan bagi membolehkan murid serta guru beragama Islam dapat menunaikan ibadah bulan Ramadan dengan selesa.

"KPM menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk kepada maklumat rasmi kementerian dan tidak terpengaruh dengan hantaran media sosial berniat jahat yang cuba untuk mengelirukan masyarakat," menurut kenyataan itu.

Sumber - BERNAMA, mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 11:00 AM | Show all posts
Meolss setuju waktu persekolahan mcm biasa.. takde le mak bapak kalut nak ambik anak sekolah dgn jemnya lagi.. huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
awat kalut......nk tukor kelas bermula pas buka posa ka???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.223049 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list