View: 13342|Reply: 25
|
[Jenayah]
Membiarkan Terdedah, Tauhu Rendam Air Kena Jilat Dengan Kucing Oyen!
[Copy link]
|
|

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok (@qhalies) yang menyaksikan seekor kucing sedang meminum air. Namun apa yang mengejutkan, dia bukanlah meminum air biasa sebaliknya air rendaman tauhu yang dijual.
Kucing berwarna jingga itu dilihat bertenggek di tepi bekas dan minum air rendaman tauhu tersebut dengan sangat banyak. Sampai basah dagu si bulu!
Oyen itu juga sempat berhenti dan memandang ke arah kamera apabila menyedari dirinya dirakam. (Ha, kantoi!).
Comel betul.
Aksi si Oyen itu meminum air rendaman tauhu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Rata-ratanya berasa geli hati melihatnya meminum air tersebut dan menganggap ia pasti terasa seperti air soya.
Ada juga yang berasa kasihan kerana kucing itu kelihatan sangat dahaga sehingga terpaksa minum apa sahaja air yang ada.
Namun, beberapa pengguna media sosial berkata air tersebut pasti dipenuhi bakteria daripada air liur kucing berkenaan.
“Badan dia pun dah ada pelbagai bakteria patogen, inikan pula air liur…” kata seorang individu.
Dalam pada itu, beberapa individu berkongsi bahawa kucing peliharaan mereka turut gemar meminum air yang bukan disediakan baginya seperti air di dalam pasu, air beras, malah bekas rendaman gigi palsu! ????
“Kucing kat rumah saya suka minum air rendaman gigi palsu mak saya. Patutlah semua kucing patuh cakap mak,” kata seorang pengguna TikTok.
Air Liur Kucing Najis Atau Tidak? Ini Penjelasannya
Melihat aksi kucing terbabit, mungkin timbul persoalan dalam kalangan orang ramai sama ada air tersebut menjadi najis akibat jilatan si bulus.
Merujuk kepada laman web Maktabah Al-Bakri, air liur kucing dihukumkan sebagai suci dan bukannya najis. Oleh itu, tidak mengapa untuk minum atau makan daripada bekas yang telah dijilat oleh kucing.
Malah, memandangkan kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering berada di dalam rumah, sukar sekiranya lebihan makanan dan minumannya dihukumkan sebagai najis.
Namun Abu Hanifah pula berpendapat bahawa ia adalah najis yang diberikan rukhsah dan makruh meminum air tersebut, kecuali dalam keadaan tiada air lain di situ.
Boleh Ambil Wuduk Dari Air Bekas Jilatan Kucing
Di samping itu, berdasarkan kepada perkongsian oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mazhab Syafie menghukumkan air baki jilatan kucing sebagai suci dan tidak makruh untuk digunakan sebagai air wuduk.
Ini adalah berdasarkan kepada hadis daripada Kabsyah binti Ka`ab bin Malik:
Maksudnya: “Bahwa Abu Qatadah masuk menemuinya. (Kabsyah) berkata; “Aku menuangkan air (dalam bekas) untuknya berwuduk, tiba-tiba seekor kucing lalu meminum daripada air tersebut. Abu Qatadah kemudian mengiringkan bekas tersebut hingga kucing tersebut dapat minum.”
Kabsyah berkata; “Abu Qatadah tahu bahwa aku sedang memperhatikannya, maka dia pun berkata; “Apakah engkau terkejut wahai puteri saudaraku?” Aku menjawab, “Ya,” Abu Qatadah berkata; “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Kucing itu tidak najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang biasa berkeliaran di sekelilingmu.”
Riwayat al-Nasaie, al-Tirmidzi, Abu Daud |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagi nama 'oyen' konon biar comel. Tetaplah binatang itu kotor lah bebal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagila dia air minuman dalam bekas. Tupun nak ajarkan ke? Ni ko biarkan dia minum air berisi tahu.
Ni dok record je.. |
|
|
|
|
|
|
|
takdenya comei la. kotor. |
|
|
|
|
|
|
|
bkn najis dan juga tauhu sebelum masak basuh dulu bersih2 bkn terus amik masak
pastu goreng mati la semua kuman2 yg ada
cuma boring mkn tauhu rasa bland je baik mkn tempe goreng lg sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Bab makanan ni tak hygenic lerr...Cuba tukar oyen tu dgn anjing? Mau merempaan semua |
|
|
|
|
|
|
|
Kucem minom air pun jadik konten kaa nak oii... |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 17-2-2025 11:18 AM
bkn najis dan juga tauhu sebelum masak basuh dulu bersih2 bkn terus amik masak
pastu goreng mati la ...
Tauhu goreng tp buh garsm kunyit mcm goreng ikn tu.. sedap juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg nmpk pun bior je kucing tu minum demi content..dh kucing tu binatang..pegi la halau & bagi air lain |
|
|
|
|
|
|
|
iols mkn colek kicap manis baru blh telan  |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai ni kedekut sgt kot...biasa sini kedai letak makanan air kat tepi kedai..jd kucing x kaco brg jualan...yg iolss menyampah berlagak benau kucing nye.. |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 19-2-2025 11:45 PM
Kedai ni kedekut sgt kot...biasa sini kedai letak makanan air kat tepi kedai..jd kucing x kaco brg j ...
Kucing pun ada berlagak ke sis...bukan ke sad cat tu
 |
|
|
|
|
|
|
|
Ha? Air liur kucing suci? Kau bior betul? |
|
|
|
|
|
|
|
Ok am sorry for questioning. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 19-2-2025 11:55 PM
Kucing pun ada berlagak ke sis...bukan ke sad cat tu
Ade weiii..mentang2 tokey kedai sayang ke deme..bg makan minum..ehh berlagak pulak dia..duduk depan kedai sambil ekor dia tu gedik2,pandang kita kerek je...geram btl..berlagak benau Tau...curi kang br Tau...hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|