CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 2

Juara program realiti, Lagu Cinta Kita musim kedua, Ahmad Syafiq rakam lagu ketika putus cinta

[Copy link]
Post time 15-2-2025 04:26 PM | Show all posts |Read mode





Single terbaharu pemenang naib juara program realiti, Lagu Cinta Kita musim kedua, Ahmad Syafiq berjudul Bila Hatiku Rindu membawa pengertian besar buat penyanyi dan pelakon itu.


Berkongsi perkara itu, pemilik nama lengkap Ahmad Syafiq Mohamed, 25, menjelaskan selain merakamkan lagu dalam keadaan kesihatan kurang mengizinkan, dia juga sedang melalui fasa putus cinta.


"Saya melalui pengalaman sukar dilupakan sepanjang merakam lagu di studio. Semasa rakaman dijalankan, saya terlalu letih kerana jadual terlalu padat dengan kerja lakonan.


"Tambahan pula, saya baru menamatkan hubungan istimewa dengan seorang wanita yang pernah saya sayangi.


"Saya terlalu berhabis menggunakan 'rasa' semasa rakaman lagu ini sehinggakan saya loya dan kejang perut disyaki berpunca daripada kurang rehat," katanya.


Ahmad Syafiq berkata, dia bersyukur proses dilalui tidak sia-sia kerana sangat menyukai hasilnya.


Malah, katanya, dia tidak sabar untuk berkongsi lagu ciptaan Barr Hadif,


Aiman Zaidi, Eddie Hamid serta lirik oleh Aiman Zaidi yang menemui peminat sempena Hari Kekasih, semalam.


Sementara itu, anak kelahiran Melaka itu turut meluahkan rasa syukur kerana impiannya untuk menjadi anak seni mendapat perhatian syarikat pengurusan artis.


"Saya bersyukur perjalanan dalam bidang seni dipermudahkan dengan restu ibu yang tidak pernah jemu mendoakan saya.


"Selain ibu, tidak lupa juga sahabat yang banyak memberi sokongan. Alhamdulillah, saya dapat tawaran daripada syarikat pengurusan artis yang betul-betul berminat untuk menguruskan kerjaya dalam bidang seni.


"Buktinya, pemilik syarikat sanggup memandu dari Kuala Lumpur ke Melaka untuk menawarkan kontrak kepada saya untuk menjadi artis naungan mereka," ujarnya.


Terdahulu, Ahmad Syafiq pernah diberi peluang menggantikan tempat Hafiz Suip di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) Ke-37 untuk persembahan lagu Berakhirlah Pencarianku bersama Wani Kayrie.


Sumber  - Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2025 07:52 PM | Show all posts
Juara program ape?
Apehal aku x tau pun ade pertandingan Lagu Cinta Kita ni?
Siap dah musim ke 2
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2025 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa pesen kau pakai tudung bawal mak kau buat scarf?? Geli lah acah2 terpaling winter. Babi dek, babi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.080121 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list