CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 14155|Reply: 0

Hamas enggan tunduk ugutan AS, Israel

[Copy link]
Post time 14-2-2025 10:32 AM | Show all posts |Read mode

Penduduk Palestin yang kembali ke Beit Hanoun di utara Gaza kini hanya berlindung di bawah khemah sementara. Foto AFP

GENTING GAZA - Gerakan Hamas menegaskan mereka tidak akan tunduk dengan ancaman Israel dan Amerika Syarikat (AS) yang berulang kali mendesak pembebasan tawanan di Gaza seperti dijadualkan pada Sabtu ini.

Jurucakapnya, Hazem Qassem pada Rabu berkata, Tel Aviv tidak mengendahkan pelaksanaan beberapa peruntukan yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata tersebut.

“Kedudukan kami adalah jelas dan tidak tergugat dengan taktik ugutan Zionis dan sekutunya,” ujarnya merujuk kepada kenyataan provokasi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mengancam mahu melancarkan semula perang ke atas wilayah tersebut dengan impak yang lebih dahsyat.

“Ia juga bagi membolehkan Presiden Donald Trump merealisasikan visi Gaza beliau,” kata Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz dengan angkuh yang kononnya cuba menggertak Hamas.

Sementara itu, gerakan Jihad Islam memberi amaran kepada Netanyahu dengan menyatakan Israel bertanggungjawab terhadap nasib tawanan di Gaza.

“Musuh yang sengaja meletakkan nyawa kumpulan tawanan itu dalam bahaya. Ia kini bergantung kepada tindakan Netanyahu,” menurut sayap tenteranya, Briged al-Quds dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Hamas mengesahkan delegasi diketuai perunding utama dan ketua gerakan itu di Gaza, Khalil al-Hayaa telah tiba di Kaherah untuk menyertai rundingan baharu serta mengawasi pelaksanaan gencatan senjata pada 19 Januari lalu.

Sumber rapat proses damai itu memberitahu, perantara dari Qatar dan Mesir cuba menyelesaikan pertikaian serta isu yang dibangkitkan untuk memastikan tempoh bertenang berkenaan terus dipatuhi. - Agensi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.691642 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list