CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17018|Reply: 0

China bimbang ‘kiamat’ asteroid, tubuh pasukan lindungi Bumi

[Copy link]
Post time 14-2-2025 07:31 AM | Show all posts |Read mode

Asteroid YR4 yang bersaiz besar sedang menuju ke Bumi. - Agensi

BEIJING  –  China menubuhkan pasukan pertahanan planet selepas saintis-saintis mengesan seketul asteroid bersaiz besar sedang meluncur ke Bumi, lapor laman berita Devon Live semalam.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) serta Agensi Angkasa Eropah meletakkan asteroid 2024 YR4  dalam senarai ancaman serius berikutan kebarangkalian ia menghentam Bumi agak  tinggi.

Asteroid itu digelar sebagai ‘pemusnah negara’ kerana boleh memusnahkan rantau  yang luas. Letupan yang berlaku sekiranya 2024 YR4 melanggar Bumi,  adalah 100 kali ganda lebih kuat daripada bom atom.

Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri  China untuk Pertahanan Negara kini merekrut untuk jawatan ‘pertahanan planet’.

Badan itu sedang merekrut orang ramai untuk menghasilkan cara mengesan, memantau dan mungkin memesongkan asteroid YR4.

Penyelidik Pusat Sains Angkasa Kebangsaan Akademi Sains China, Li Mingtao berkata: “Kita bukan sahaja perlu mengukuhkan konfigurasi dan prestasi peralatan secara menyeluruh, malah mewujudkan pasukan bakat yang berdedikasi untuk pertahanan Bumi.”

Beijing mendedahkan rancangan untuk menghentam asteroid tersebut dengan kapal angkasa bagi mengubah laluannya.

Mingtao berkata, jika asteroid YR4 menghentam Bumi, ia berkemungkinan akan hancur dalam atmosfera atau terhempas di  lautan.

Namun jika malapetaka ini berlaku, gelombang kejutan dan radiasi boleh memusnahkan bandar bersaiz sederhana serta mencederakan berpuluh-puluh ribu orang.

Asteroid YR4 diramal tiba di Bumi pada 2 Disember 2032. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.633820 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list