View: 21263|Reply: 14
|
Zakir Naik Ada Tauliah Rasmi Untuk Mengajar Di Perlis
[Copy link]
|
|
Pendakwah bebas Zakir Naik, yang mencetuskan kontroversi selepas dilihat berucap di Perlis baru-baru ini, mempunyai tauliah rasmi untuk mengajar agama Islam di negeri itu.
Menurut sumber, tauliah tersebut dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) dan ditandatangani oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Pengurniaan tauliah ini dibuat mengikut Seksyen 118 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, yang memberikan kuasa kepada pihak berkuasa agama negeri untuk meluluskan tauliah mengajar Islam.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202502/07/101144ly83uvf82bb97s9u.jpg) Bernama
"Zakir Naik telah mendapat tauliah mengajar agama Islam di Perlis bermula 2 Oktober 2023.
"Tauliah mengajar Zakir Naik juga telah diperbaharui dan bakal tamat pada 31 Disember 2025," kata sumber.
Terdahulu, Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kesediaannya untuk “bertempur” dengan seorang ahli parlimen DAP yang mempertikaikan program agamanya di Perlis.
“Namun, jika MP DAP itu ingin sangat menjual, saya insya-Allah akan membeli seperti yang pernah saya beli ketika 'gemulah politik DAP' yang lepas menjualnya,” katanya.
Kenyataan keras itu dipercayai merujuk kepada kontroversi konvensyen agama yang dihadiri oleh Zakir Naik, penceramah yang sebelum ini diharamkan berceramah di Malaysia.
Semalam, RSN Rayer (PH-Jelutong) di Dewan Rakyat mempertikaikan kemunculan semula Zakir Naik di Malaysia, sedangkan pendakwah itu diburu pihak berkuasa India atas dakwaan pengubahan wang haram dan ekstremisme.
Sebelum ini, pada Ogos 2019, polis mengeluarkan arahan melarang Zakir daripada menyampaikan ceramah awam di seluruh negara.
Larangan itu dibuat selepas Zakir didakwa mengeluarkan kenyataan kontroversi mengenai orang Hindu dan Cina di Malaysia pada satu ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan pada 3 Ogos 2019.
Sebelum larangan itu dikuatkuasakan, tujuh negeri telah lebih awal melarang ceramah Zakir Naik, iaitu Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak dan juga Perlis.
Namun, kini Perlis dilihat memberi laluan kepada Zakir Naik untuk kembali berceramah dengan tauliah rasmi sehingga 31 Disember 2025.
Sumber- MalaysiaKini |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana dia dapat duit? kalau ceramah pun dilarang, sepatutnya tak ada income, adakah dia guna duit simpanan dlm beberapa tahun lepas |
|
|
|
|
|
|
|
belajaq la bahasa malayu... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 7-2-2025 10:49 AM
Yup... Setelah lancar bahasa melayu.. langsung jadikan Zakir Naik sebagai "IMAM BESAR" untuk membimbing Bani Tamim Bangsa Melayu Mahawangsa agar semuanya boleh masuk syurga ...![](static/image/smiley/default/KETUK.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
apa takut sangat kepada Zakir? |
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud "gemulah", carian d google sebut "waris"?? |
|
|
|
|
|
|
|
sayurmayur88: apa maksud "gemulah", carian d ...
Kalau kat tganu,klantan..gemulah digunapakai untuh orang yang dah meninggal. |
|
|
|
|
|
|
|
biasa la,DZN kan dlm bidang perbezaan agama,
|
|
|
|
|
|
|
|
sayurmayur88 replied at 7-2-2025 02:51 PM
apa maksud "gemulah", carian d google sebut "waris"??
Dbp cakap arwah... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
namemysoul replied at 7-2-2025 03:45 PM
Dbp cakap arwah...
Iols baru tau perkataan.gemulah ni masa isi borang ape entah lepas ayah iols meninggal
Hoho |
|
|
|
|
|
|
|
plywood: mcm mana dia dapat duit? kalau ...
Kalau setat biasa2 pon ramai je org yg bermurah hati nak sedekah duit pd mereka utk belanja mereka utk berdakwah dan berjuang utk islam…. Inikan DZN. Dikenali seluruh dunia pula tu. SG x kata dia kutip sedekah tapi ramai je org yg berkemampuan, akan bantu demi fisabilillah. Maybe deme x mampu nak pegi berdakwah, so membantu org berdakwah ni pon dah cukup bagus. Berbelanja di jalan Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Dr Zakir Naik ni mmg mempunyai banyak musuh. Non-muslim terutama org Hindu, sangat anti dengan dia sebab dia banyak compare agama depa dgn agama Islam. Dr Zakir Naik ni ibarat Ahmad Deedat kedua la.
Selain non-muslim, sebahagian puak aswaja pun anti juga dgn Dr ZN ni. Depa claim dia pengikut salafi atau mirip kpd wahabi. Sbb tu la majoriti jabatan agama negeri2 di Malaysia tak benarkan dia ceramah di negeri mereka kecuali Perlis.
Pada aku ok saja Dr Zakir ni ceramah. Cuma may be dia kena hati2 la bila nak kondem agama lain. Quran pun dah melarang kita kutuk agama lain (Surah Al-An’am Ayat 108). In the end, Lakum deenukum waliya deen. For you is your religion, and for me is my religion. Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
So dr zakir ni skrg stay kat perlis ye? Nak tgk beliau bagi talk kat mana ye ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
plywood: mcm mana dia dapat duit? kalau ceramah pun dilarang, sepatutnya tak ada income, adakah dia guna duit simpanan dlm beberapa tahun lepas
Youtube dia subscriber miliun2, bila buat live puluh2 ribu ratus ribu viewers. Tik Tok dia pun miliun2 jugak. endorsement lagi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|