CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6282|Reply: 0

[Tempatan] Buruh tertimbus dua jam dalam lubang tangki kumbahan

[Copy link]
Post time 6-2-2025 04:33 PM | Show all posts |Read mode
DUNGUN – Seorang buruh binaan warga Indonesia berdepan detik cemas apabila tertimbus ke dalam tanah dari paras dada sewaktu melakukan kerja-kerja menggali lubang tangki kumbahan sebuah kafe di Pantai Teluk Lipat di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.35 pagi, lelaki berusia 49 tahun itu berjaya diselamatkan sepasukan anggota bomba setelah hampir dua jam tertimbus di dalam runtuhan tanah.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Sharizal Shamsudin berkata, sewaktu kejadian, mangsa dan beberapa rakan sekerja dikatakan sedang melakukan kerja-kerja menggali lubang tangki kumbahan kafe berkenaan sebelum berlaku rebakan tanah.

“Runtuhan tanah itu menyebabkan mangsa terjatuh di dalam lubang itu sehingga tertimbus dari paras dada.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun yang menerima maklumat segera bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Mohamad berkata, kerja-kerja menarik mangsa keluar dari timbunan tanah itu dilakukan dengan menggunakan peralatan seperti tali dan penyodok.

“Mangsa yang merupakan warga asing tidak mengalami sebarang kecederaan, namun enggan menjalani pemeriksaan kesihatan susulan di hospital,” katanya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.032640 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list